Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Penjagaan Anak Chicken Pox


Bila anak chicken pox, mak ayah la yang paling risau. Cara penjagaan chicken pox, makanan, tips supaya tak gatal dan tidak parut inilah yang saya cari masa Balqis chicken pox 2 minggu lepas. Lepas Balqis, si adiknya Aisyah pulak kena. Uruskan anak chicken pox memang sangat mencabar bagi saya.

Chicken pox ni disebabkan dari virus bernama varicella-zoster. Biasanya virus ni boleh merebak ke orang lain 2-3 hari sebelum blister tu timbul sehinggalah kering. Blister ni akan timbul 14 -16 hari selepas berjangkit dengan individu yang sedang chicken pox. Macam balqis memang betul 14 hari lepas balik kampung hari tu timbul blister. Sepupunya ada kena chicken pox.
Sumber : Webmd

Ini pula rupa blister mengikut hari :



Ikut pengalaman saya, bila hari  ke 3-5 bila blister  tu dah penuh  dengan air,  time ni anak-anak saya memang meragam. Sakit dan  gatal. Memang menuntut kesabaran yang tinggi time ni untuk ibu dan ayah. Hari ketiga malam Aisyah demam tinggi, sakit blisternya dia kata. Malam memang tak tido. Setiap 5 minit terbangun. Mak ayah kena banyaaak sabar. Saya ada buat bedak daun semambu dan mandi guna daun tu sekali. Air kelapa kena bebel dengan Dr Rashid. Dia kata tak payah beri pun tak apa.

Saya kongsikan lagi tips-tips Penjagaan anak chicken pox di sini.


Tips Penjagaan Anak Chicken Pox

1) Potong kuku anak pendek

Bila gatal biasa anak akan menggaru. Biarlah dihalang macam mana pun.  Jadi boleh potong kuku pendek supaya blister tu tak kena infection bila digaru. Atau boleh pakaikan sarung tangan/mitten.

2) Elakkan  berkongsi  minuman  dan tempat tidur

Virus boleh merebak melalui  air liur, bersin, air dari  blister  tu bila  pecah. Baju kena asingkan  bila basuh ye. Rendam baju anak  dengan air mendidih dan sidai di bawah matahari untuk matikan  virus.

3) Mandi 4 jam sekali

Ini untuk mengurangkan rasa gatal. Saya cuba untuk buat oatmeal  bath.

4) Tingkatkan antibodi anak

Saya beri anak Nutriferon dan Vitamin C chew Shaklee untuk elakkan anak deman, batuk dan selesema sebab antibodi anak jadi lemah masa ni disebabkan virus chicken pox ni.

5) Hilangkan parut chicken pox

Lepas blister dah kering, saya sapu gilir-gilir dengan krim Herbal Blend dan Vitamin E Shaklee. Yelah anak dara kan, risau ummi ada parut nanti. Ni rupa Balqis bila dah kering:


Saya harap sedikit panduan saya dapat membantu ibu bapa untuk menghadapi situasi bila anak chicken pox ni. Untuk membeli Nutriferon, Vitamin C chewable, Herbal Blend dan Vitamin E seperti di atas bolehla hubungi saya:





Huda
Whatsupp : 0134906806
Pengedar Shaklee anda
COD di Paka, Kerteh, Dungun



                          

Friday, November 1, 2013

Aktiviti craft untuk anak-anak

Assalamualaikum.. 

Post ni dah lama tertangguh. Sibuk sungguh lately. Dengan empayar Shaklee yang semakin berkembang, lebih besar amanah yang perlu dilaksanakan.

Ok berbalik pada tajuk post ni. Aktiviti felt craft untuk Balqis dan Aisyah. Saya beli set kain felt ni di sini Sus d Felt . Banyak pilihan kain dan warna dan aksesori lain. Tips nak buat aktiviti macam saya ni, beli kain felt jenis keras. Kain felt lembut kurang sesuai.

Saya dapatkan idea-idea ni di Pinterest. Banyak sangat idea felt board di Pinterest yang ibu bapa share. Saya pilih tema kawasan sekitar rumah.



 Ni nak buat kepak butterfly


 Ni nak buat badan butterfly


 Ni buat rumah 


 Tingkap dan pintu rumah. Balqis tolon gam. Ummi tolong gunting.


Siap sudah felt board. Ada lagi item-item nak tambah bagi penuh.


Saya tampal guna pelekat yang macam plastesin tu. Boleh cabut semula. Jadi anak-anak boleh tampal ikut kreativiti dia. banyak aktiviti boleh buat dari felt craft ni. Ajar mengira boleh juga.

Ok semoga bermanfaat untuk semua.
 

Monday, July 15, 2013

Aktiviti anak-anak di bulan puasa

Assalamualaikum wbt.
Lama dah tak share aktiviti anak-anak di rumah. Hari ni ummi diberi kesempatan buat special aktiviti dengan Balqis dan Aisyah. Aktiviti memasak Pancake Kismis.
Ok resepinya di sini.


Pancake Kismis:
Bahan-bahan:
Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Puri kismis (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)
Cara-caranya:
Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan kismis.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp
Balqis tolong kacau telur dan tepung je tadi. Keadaan dapur yang sangat comot malu nak ambil gambar =)
Bila dah siap, ajar Balqis tekapkan dengan acuan-acuan comel kuih dia ( acuan ni saya rendam sekejap dengan Basic H lepas tu rendam sekali lagi dengan air mendidih sebab before ni dia guna untuk main dengan playdough dia). Gambar Aisyah tak tersnap pulak. Aisyah tolong makan je. 

abaikan rupa pancake yang x comel
 
 
 siap tekap terus masuk dalam mulut
 
Insyaallah semoga anak-anak suka main sambil belajar something. =)

Friday, December 7, 2012

Gluing activity

Sebelum melelapkan mata, nak share satu aktivi yang sangat mudah buat kita ibu bapa tetapi merupakan satu aktiviti yang mencabar buat anak-anak. Aktiviti koyak, gam dan tampal.

Bahan-bahan :

Surat khabar/ majalah yang bewarna warni
Gam
A4 / kertas mahjong

Aktivitinya mudah. kita tunjuk cara mengoyak kertas, gam dan tampal kepada anak-anak and let see how she do it herself.



Aktiviti yang nampak simple tetapi banyak skill yang dipelajari oleh anak-anak sebenarnya.

At this age, children are enjoying the sensory experience of rubbing glue onto paper or any surface.  The smooth gooey texture allows children to move their hand and arm freely in various directions. The more muscle control children develop in their little hands,  the easier it is to handle, grip, and to work with art materials (using a paint brush, coloring with crayons, peeling stickers, stamping…).   Do keep in mind that children vary in developmental skills.   Some may be more advanced with gross motor skills, while others are with fine motor skills.  As you know, children will surprise you everyday with the little things that they do. Enjoy every moment of it!

Credit

Balqis saya tengok agak kurang sabar sikit dan mungkin agak dependant kepada ibunya. Beberapa kali dia 'marah' sebab jarinya melekat dengan kertas tu dan dia tak dapat nak lekatkan kertas tu di kertas A4. Permulaannya saya tolong beberapa kali, kemudian dia dah pandai buat sendiri.

Seronok tengok =)


Wednesday, May 2, 2012

Muat atau tidak?

Assalamualaikum wbt.

Semakin tidak berkesempatan nak update blog selalu. Siang memang tak dapat la. Ada je tangan kecil  yang kacau keyboard ni pantang buka. Entertain Balqis sahaja di siang hari. Malam pulak memang penat, selalu tidur awal. Ada rezeki bangun awal before subuh. Mak buyung ni dah tak larat sangat nak seaktif dulu..

Aktif tak aktif, insyaallah sedaya upaya buat aktiviti untuk Balqis di siang hari. Mana yang mak buyung terlarat la ye. Simple je.








Saya tak tahu nak namakan aktiviti ni apa. Bahan yang diperlukan amat senang: bekas/botol (saya guna MLO punya bekas yang tak pernah saya guna pun =p ), pelbagai objek berbeza saiz.

Anak-anak seumur Balqis suka memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas. Letakkan pelbagai objek seperti blocks, small toys, apa sahaja lah di atas meja. Talk about the different sizes of things dan beri contoh kepada mereka objek mana yang boleh atau muat untuk dimasukkan ke dalam bekas tersebut.


Kemudian, biarkan mereka mencuba dan melakukannya sendiri. Aktiviti seperti ini dapat  menggalakkan our child's development in fine motor skills area.

suka tengok bila Balqis fokus nak buat sesuatu

Ok. Setakat ni dulu. Mak buyung sakit pinggang duduk lama-lama =)

Tuesday, April 24, 2012

Cara ajar anak solat

Abdullah bin Amru b Ash bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahkan anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka telah berumur 7 tahun dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikannya) ketika mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah juga tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)."

Teringat macam mana cara ma dan abah saya didik saya adik beradik solat. Masa baby saya tak ingat la kan. Seingat saya bermula sekolah rendah, waktu solat kami sekeluarga berjemaah bersama ialah waktu Maghrib dan Isya'...kalau abah tak pergi solat di surau. Waktu lain anak-anak sekolah kan. Lepas solat, Abah ajar mengaji muqaadam/Quran ikut turn sorang-sorang. Thanks to ma,abah kerana mendidik dan memberi contoh yang baik kepada anak-anakmu ini.

anak solehah ummi

Pendapat saya, dalam kita nak mengajar apa sekalipun kepada anak-anak just remember "actions speak louder than words". Anak-anak sangat mudah meniru perbuatan orang-orang yang terdekat dengan mereka.

Alhamdulillah untuk Balqis, saya dan suami akan sentiasa ajak dia solat bersama sejak lahir lagi. Masa berpantang saya tak boleh solat, suami akan letak balqis di sebelah supaya dia tengok kita solat. Jadinya, semasa anak berumur 0-2 tahun, kami akan letak dia di tepi dan solat berjemaah bersama. Biarlah dia nangis sekejap sometimes.Biasalah budak-budak nak berdukung, nak lekat dengan ummi je. Latih dia dari kecil "solat itu penting dan perlu diutamakan".

Saya perasan ketika umur Balqis 1 tahun 6 bulan bila dia dah pandai berdiri dan berjalan, sedikit sebanyak dia dah pandai meniru aksi-aksi kita solat seperti angkat takbir,rukuk dan sujud.

Untuk sekarang, bagi menggalakkan lagi Balqis suka dan happy untuk solat, kami belikannya satu set telekung dan sejadah yang comel dari SmartFamilyCollection . So setiap kali nak solat, saya bentangkan sejadah comelnya tu di sebelah dan dia sendiri yang minta dipakaikan telekung. Kalau bukan time solat pun kadang-kadang dia akan minta "sjada..sjada" atau "tudung..tudung" pastu dia solat la sendiri. Bila dia pakai tu kita puji la cantik, pandai dan sebagainya.

Lagi satu,, saya suka ajar dia dari gambar dan buku. Buku-buku yang ada gambar orang solat, pakai telekung, solat jemaah. Buku favourite saya untuk ajar Balqis ialah softbook ni (It's prayer time):


Sambil tunjuk gambar dalam buku ni, saya ceritakan pada dia berkenaan solat. Simple-simple je dulu untuk umur mereka sekarang. Contoh "Allah sayang orang yang solat" , "Ummi, abi, balqis solat sama-sama" sambil tunjuk gambar satu family solat berjemaah bersama dalam buku ni.

Panjang pula sharing kali ni. Semoga bermanfaat kepada semua =)

Thursday, April 14, 2011

Balqis vegetarian?


Assalamualaikum

Posting kali ni nak share resepi solid food untuk Balqis. Kalau ikutkan diri,memang tiap-tiap hari nak buat posting baru sebab banyak benda nak cerita tetapi keadaan tidak mengizinkan. Hari ni Balqis jadi vegetarian, makan sayur dan buah je sebab umi tak sempat pergi pasar lagi nak beli ikan atau ayam...huhu. Ada sayur je dalam peti sejuk tu. Ada carrot dengan kubis ungu. Alhamdulillah Balqis masih belum pandai memilih makanan. Jadi resepi untuk Balqis hari ni ialah Puri lobak,kubis ungu dan kurma.. =)


Resepi Puri Lobak, Kubis Ungu dan Kurma

Bahan-bahan:
1/2 Lobak
3 kelopak kubis ungu
2 biji kurma

Cara-cara :
1) Lobak dan kubis dipotong dadu/halus terlebih dahulu.
2) Rebus/ stim kan kesemua bahan di atas sehingga lembut.
3) Blendkan semua bahan.
4) Boleh campur dengan bubur nasi atau oat.

Siap...


Puree untuk Balqis
(Balqis sudah 8 bulan jadi tekstur puree saya buat tidak terlalu halus)


Development Balqis dah berumur 8 bulan++ ni alhamdulillah umi dah tak risau nak letak dia duduk. She can sit without support. She love to explore her toys. Kalau dengar lagu ABC dan alif ba ta dia tu dah pandai angguk-angguk kepala ikut rentak bunyi tu. Sangat comel. Semoga Balqis terus membesar dengan sihat, pintar dan solehah.


Balqis 8 month 3 week


Wednesday, March 30, 2011

Anak demam

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh tak update blog ni. Just nak share pengalaman menjaga Balqis demam. FIrst time Balqis demam selama 8 bulan ni. Kena hujan rasanya sehari sebelum kejadian. Malamnya rasa badan panas. Cek suhu badan dia 38.57C. Agak tinggi. Dahla malam hingga pagi tu keseorangan sebab hubby ada program di Sura. Alhamdulillah dah menuntut ilmu how to handle baby fever, tips bayi demam sebelum ni. Jadi taklah panik atau kelam kabut. Jadi para ibu bapa menuntutlah ilmu tidak kira masa. Supaya mudah untuk menghadapi kejadian yang tidak disangka-sangka.

macam nilah gaya ummi Balqis cek suhu (gambar ehsan google)


Malam tu memang duk lap dan tuam kepala dia dengan kain lembap. Buka baju dia. Lap dengan air asam jawa. Setiap 2 jam saya akan cek suhu dia dengan termometer. Parents wajib ada termometer! Pastikan pengudaraan bilik anda baik. Alhamdulillah pagi tu suhu reda sikit. Tapi still bawa pergi klinik. Doktor kasi ubat demam syrup tu. Siang dah elok dah. Start malam esoknya panas balik. Rutinnya sama. Malam ni pun hubby takde..huhu. Menjadi ummi yang tegar.. Demam hari kedua ni sampai ke siang panasnya. Memang mandikan dia beberapa kali untuk redakan panasnya.Alhamdulillah malamnya dah baik demam.

Fuhh.. ni baru demam. Banyak lagi yang ummi perlu bersedia hadapi.Yang penting ilmu untuk mendidik anak-anak dunia akhirat.

Di bawah ada gambar Balqis untu tatapan aunty,uncle sekalian =). Gambar diambil malam tadi sebelum ikut ummi pergi meeting. Credit to Uncle Hakim As Syah Alami tolong beli baju muslimah kid ni di Jakarta. =)


comel tak gigi saya dua batang??



Balqis ada blog jugak..


Balqis dah 8 bulan. Dah boleh duduk with support. Dah pandai ambil barang dengan kaki. Dah pandai ajuk orang jerit. Suka makan macam-macam. Suka baca buku.

Sunday, March 6, 2011

Teething time

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah seminggu ni rasa relax sket sebab bercuti di kampung. Lama tak balik kampung. Balqis pun seronok la ramai orang nak layan dia kat kampung.

Yang paling mengujakan saya ialah gigi Balqis dah tumbuh. Yeay =) . Seronok tengok. Comel je 2 gigi bawah 2 atas. Mula-mula tak perasan...tapi sebab tengok dia selalu main-main lidah dia kat gusi depan tu. Masa tu memang dah agak gigi dia nak tumbuh. Asyik nak menggigit semua barang je. Alhamdulillah Balqis tak demam tumbuh gigi. Umi takut sebenarnya sebab tak pernah experience jaga Balqis demam Balqis tak pernah demam lagi sejak lahir.

sikit lagi..gigih betul nak ambil fishhy dia


Makanan dia pun dah pelbagaikan. Seronok dapat buat sendiri makanan kat Balqis. Say NO to instant food..say NO to nestum. Hehe. Air tangan umi lagi berkat, halal, sihat seperti susu ibu juga.

Ada beberapa perkara baru yang saya perasan mula muncul masa dia 7 bulan ni. Pantang orang ambil toy atau barang yang dia pegang. Dia akan menjerit dan menangis. Amboi-amboi..dah pandai anak umi ni.

Bak kata Babycenter, untuk umur 7 bulan ni:
If your baby has a favourite plaything or two, you may start to realise that the expression "as easy as taking sweets from a baby" no longer applies. While it used to be easy to remove things from her grasp, you may now find her protesting loudly when you take toys and other things away.

Kat bawah ni ada rujukan carta pertumbuhan gigi bayi:



mode seronok balik kampung. jumpa lagi =)


Monday, February 21, 2011

Anak umi




Assalamualaikum semua

Lama tak terupdate blog ni atas kesibukan sebagai surirumah+guru tuisyen kepada 20 anak murid yang mempunyai 8 sesi kelas seminggu+isteri+ibu+anak+petugas agama Allah. Siapa kata surirumah tak sibuk. Amatlah sibuk bagi saya. Lebih-lebih lagi jika dah ada anak. Saya amatlah 'pantang' bila ada orang kata surirumah rileks... try la jadi 5 tanggungjawab di atas. Maafla..saya amat geram.

Saya bercakap sebegini sebab beberapa kali pernah terjadi pada saya. Semua tugas dan seringan-ringan bagi tazkirah nak diberi kepada kaum surirumah dengan alasan surirumah banyak masa. Saya tak berkira nak diberi tugas, kerja atau sebagainya tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk mengelak diberi tugas, taklifan atau sebagainya. Sama je kondisi dengan orang yang bekerja cuma surirumah office nya di rumah. Itu je beza. Masa rehat ataupun masa 'mengulor' saya ialah dengan surfing the net, blogging, cari maklumat dan sebagainya. Masa rehat orang yang bekerja ialah bersama-sama rakan pejabat, launch hour, etc. Surirumah mana ada rakan lain kecuali anak, suami dan laptopnya =)

Jadi..sama-samalah kita bertimbangrasa antara satu sama lain. We're in the same boat..just with a different name.

Perkembangan anak umi 6 bulan 3 minggu:
-Alhamdulillah Balqis dah berjaya berguling-guling dengan jayanya 6 bulan hari tu
-Balqis dah start makan solid food. Pisang blend+susu umi is her 1st recipe.
-Balqis sangat banya main sekarang
-Balqis dah pandai tegur umi kalau umi buat-buat tak layan dia
-Balqis sangat suka menjerit dan meneran =)
-Balqis makin comel





Balqis di Pantai Paka




Monday, December 27, 2010

Anniversary

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam genap setahun 3 bulan perkahwinan kami. Untuk pengetahuan..kami memang sambut setiap bulan. Takdelah sambut sangat. Sekadar mengingatkan masing-masing usia perahwinan dan menghargai antara satu sama lain =). Balqis pun akan mencecah 5 bulan 29.12.10 ni. Seronok tengok dia membesar depan mata. Tak terlepas satu pun. Pencapaian Balqis bila mencecah 5 bulan ni :

1) Semalam nampak dia berjaya tiarapkan badan. Tapi sekali tu je..pastu tak buat2 dah. Huhu. Takpe anak ummi. Good effort honey. Mengiringkan badan dah selalu dah.
2) Suka didirikan dan didudukkan. Tak suka baring. Lenguh ummi dukung.
3) Pantang dapat benda semua masuk mulut.
4) Asyik sangat tengok orang makan. Sabar ye cayang ummi. 6 bulan nanti ummi buatkan bubur sedap2.
5) Mulut makin riuh.
6) Suka menyembur esp bila dia ngantuk.
7) Alhamdulillah Balqis semakin mudah diuruskan, semakin kurang ragamnya.

Semakin dia membesar semakin banyak keperluan yang kita perlu berikan. Contohnya permainan. Permainan untuk baby ni penting untuk stimulate/ransang perkembangan physical & mental baby. Permainan yang diberi perlu sesuai jugak dengan umurnya. Ni ketam merah kat bawah ni merupakan 1st toy Balqis. Ummi & abi gi beli kat Mesra Mall. Ciri-ciri permainan ni merangkumi untuk ransangan warna, bunyi dan tekstur.



First toy Balqis: Si crab merah

Ada lagi kawan ketam ni. Abi Balqis belikan rattle si monyet dan pisang pulak. Ummi pulak seronok dengar bunyi monyet tu. Dan abi yang tersayang belikan juga Balqis tempat mainan 3 in 1. Sesuai untuk yang belum pandai meniarap, dah pandai meniarap, dah pandai duduk. Tapi Balqis x lama sangat baring kat situ. Dia geram sebab tarik2 toy tu nak masuk mulut x dapat.



Abi belanja ummi dua buku masa shopping hari tu. Buku yang berjaya khatam dan seronok nak apply kat Balqis ialah buku How To Have A Smarter Baby. Berkenaan macam mana nak ransang baby dari segi physical & mental. Menarik. Recommended to others esp yang sedang mengandung. Insyaallah niatkan anak kita jadi pintar soleh solehah. Pintar untuk berbakti kepada agamanya. Satu lagi buku belum khatam.


thanks abang belanja buku ni

Sekarang ummi tengah rajin ajar Balqis ABC. Ajak Balqis tengok video ABC kat youtube. Video alif, ba, ta belum lagi.Next week insyaallah. Minggu ni biar ABC dulu. Nanti dia konfius. Buku ABC pun ummi dah belikan dan dah ajar sikit2 kat Balqis. Tapi jangan overstimulate our babies ok. Pastikan ada masa dia main toy dia bersama kita.

Till then. Insyaallah sambung lagi nanti. Prepare for my next class.

p/s: Ummi tengah fikir cara macam mana nak train Balqis untuk tinggal lama dengan orang lain. Macam mana Balqis nak tidur sebab selama ni ummi ada baru tido. Ummi & abi planning to go to Indonesia for ummi's business. Semoga Allah permudahkan. Semoga impian terlaksana =)


Wednesday, December 8, 2010

Jom undi Balqis


Oppss.. ni bukan Pilihanraya kampus mahupun PRU13. AF lagi la bukan sama sekali. Umi Balqis ni gatai tangan hantar gambar Balqis dalam pertandingan Bayi Bulan Ini majalah PAMA. Teringin hadiah dia yang sangat menarik dari Dunstan Baby Language. Belajar mengenali tangisan bayi. Baby communicate with cries. I need it. Actually Deeja ada dah kasi video dari Dunstan Baby Language ni and it's very helpful. Kot-kotla kalau menang dapat 1 pakej pulak ke. Saingan sengit. Saje cuba.

Jadi..nak minta jasa baik pakcik makcik Balqis sume pakat2 undi Balqis. Klik SINI dan cari nama Balqis Adeena seperti gambar di atas kemudian klik Undi.
Terima kasih atas jasa baik kalian. =)

Sunday, November 28, 2010

Allah..

Balqis tertidur sambil hisap jari


Alhamdulillah Balqis bakal berumur 4 bulan pada 30hb ni. Balqis dah pandai ape orang tanya? Balqis dah pandai borak, jerit, hisap jari, gelak2, x suka baring..asyik nak kena dukung je, berat dah 6.5kg. Masih belum berjaya meniarap. Takpe cayang umi..learnt it step by step.

Weekend semalam kami berada di Kuantan, kenduri sepupu rapat saya. Seronok sebab jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Merapatkan yang dah lama terpisah, yang tak pernah bertemu. Pada masa sama saya belajar banyak perkara yang berguna sebagai ibu. Sharing dari makcik yang bermakna. Kalau nak cerita panjang sangat.. pengajaran dari cerita tersebut; "Peliharalah Allah, Allah akan menjagamu" & Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.

2 perkara ni memang saya sedang praktikkan dalam kehidupan sebagai isteri dan ibu. Bila dah jadi ibu ni makin terasa. Dan sometimes saya akui saya agak lemah. Satu benda yang saya akui..saya takut bila tinggal berdua dengan Balqis bila suami ke kerja atau program di malam hari. Same goes to my aunt yang ceritakan kat saya perkara ni. Macam2 saya fikir dalam kepala.. pencuri la itu la ini la. Serius.. Dulu tinggal sorang masa Balqis x lahir lagi ok je..bila berdua dengan Balqis lain pulak sebab kita ada orang yang kita risaukan lagi iaitu anak kita. Kalau suami balik awal atau ada di rumah itu satu kelegaan yang amat besar buat saya. Seperti satu beban yang hilang. Kadang-kadang nak request je xyahla pergi kerja hari ni..tapi tak sampai tahap tu la =p. Banyak lagi persamaan kisah saya dengan makcik saya. Saya boleh kata agak trauma bila dengar Balqis start nangis..

Lemahnya saya. Allah kan ada di samping kita setiap masa. Minta tolong pada Allah agar permudahkan urusan dengan anak kita. Minta pada Allah agar diberi ketenangan hati. Minta pada Allah agar dijauhkan dari segala kejahatan. Minta Allah kekuatan untuk permudahkan urusan rumahtangga. Jaga hubungan dengan Allah, Huda..

Wednesday, October 20, 2010

Lima perkara

tangan Balqis comel


"Perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati" (Hadis Rasulullah s.a.w)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk mengupdate blog. Somebody (tq for being my pembaca setia) request me untuk share pengalaman bila dah ada anak ni. Whole aspect..wahh. Insyaallah saya cuba.

Secara overview nya bertepatan dengan hadith di atas, salah satunya 'gunakan masa lapang sebelum sibuk'. Masa kita akan sangat limit. Mungkin berbeza dengan ibu-ibu lain. Tapi bagi ibu seorang Balqis yang sangat mudah meragam, kuat menangis(sahabat & adik2 usrah mesti tau) ianya satu yang amat menguji kesabaran. Sakit melahirkan anak insyaallah saya boleh tahan dan tidak sesusah menjaga dan mendidik anak.

Ragamnya seorang anak ini sememangnya mencuri masa kita. Kadang-kadang di rumah memang mencuri masa untuk masak, kemas rumah dan tuisyen. Kena tidurkan dia dulu baru boleh buat kerja. Nak tidurkan dia ni ambil masa lama kadang-kadang sampai sejam. For me it's all about masa dan sabar.

Kalau mengikuti satu meeting/usrah/program atau sebagainya mesti saya dapat attend not more than 50% of the whole program. Selebihnya melayan kerenah si Balqis yang menangis. Seperti usrah dan meeting baru-baru ni. Dari awal sampai habis menangis je dia. Sebab kacau masa dia nak tidur. Serba salah pulak saya dibuatnya kepada ahli meeting dan usrah. Kadang-kadang timbul rasa rindu masa-masa dahulu. Dapat attend program dan menyumbangkan sepenuh tenaga. Sekarang nak ke satu tempat, perkara yang difikir ialah 'kalau balqis meragam..'. Masa di kampus is very ideal. Pergunakanlah masa kita yang ada sekarang ni sebaiknya untuk menuntut ilmu, beribadah, membuat kerja-kerja di jalan islam sebab bila dah berumahtangga, dah ada anak, komitmen lain...masa anda akan jadi sangat terhad. Percayalah.

Insyaallah azam saya, walau sesusah mana menjaga Balqis, saya akan menggagahkan diri membuat kerja-kerja jemaah Islam ini semampu yang boleh. Doakan saya istiqamah kerana Allah dah janji anak-anak ialah ujian untuk kita. Semoga saya dapat mendepani ujian ini sebaiknya. Thanks to my hsuband kerana bagi semangat saya untuk gagahkan diri ke meeting2 dan gerakerja Islam. Semoga Balqis dapat menjadi mata rantai perjuangan ini dan menjadi seorang hafizah yang akan menarik ibu bapanya ke syurga jua....

ok..balqis dah nangis tu. insyaallah lain kali saya sambung.


Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™