Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Cara Candle Light Dinner Di Rumah ( with kids )

Dah lama teringin nak candle light dinner ni. Asyik bertangguh je sampai dah anak 3 orang mula fikir susah kalau nak buat kat luar. Macam mana cara nak candle light dinner dengan anak-anak ni? Jenuh duk pikir. Kami takde maid atau sedara mara kat sini nak tinggalkan sekejap anak-anak. Saya tak suka susahkan kawan atau jiran untuk family matter. Biarlah kami susah senang, romantic bersama. Cewaah ayat

Sempena anniversary kami yang kelima 26 September yang lepas, saya plan buat surprise candle light dinner untuk suami. 25 September saya minta izin suami drive ke Mesra Mall dengan Umar dan Balqis. Aisyah tinggal dengan suami. Saya cakap nak beli barang sikit, abang takyah ikutla. Abang tolong jaga Aisyah. Mula-mula berat juga suami nak kasi. Yelah drive dengan baby Umar ni, dia risau kalau Umar meragam dalam kereta. Saya kata insyaallah ok. Jadi diizinkanlah pergi.
Kat Mesra Mall saya beli daging beefsteak, tomato & kentang buat salad sikit, orange nak buat jus, lilin, gelas.

Petang 26 September saya siap masak awal. Suami ada program, dia takde di rumah so saya bebas masak. Tak perlu sorok2. Lepas maghrib siapkan semua. Lilin siapkan letak dalam gelas. Candle light ni memang guna barang-barang terpakai je tau. Save budget gitu tapi tak menjejaskan suasana.
Bunga saya letak dalam bekas termos air. haha. Air saya blend buah oren + Vivix. Sedap =)
Tutup lampu semua. Memang gelap la. Pasang flashlight handset je. Bila suami sampai tadaa.. surprise



 Suami suka isteri lagi suka


Nampak tak bekas termos isi bunga tu? haha

Jadi bagi yang ada anak ramai tapi teringin nak candle light dinner, kalau anda jenis macam saya tak tahu nak letak anak kat mana kalau buat kat hotel atau restoran boleh tiru idea ni. Acara sampingan saya tiupkan belon banyak-banyak kasi anak-anak main supaya tak kacau kita masa makan dengan hubby tu. Bagi makan kenyang-kenyang ke anak. Tapi standard budaklah mana tak kacau kan. Tak mengapa, mereka kan antara tanda cinta si isteri dan suami. Raikan mereka.
Semoga bermanfaat.
 
 

Sunday, June 8, 2014

Pengalaman Bersalin anak ketiga

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ke59 lepas bersalin baru ummi sempat nak update blog. Betapa busynya ibu beranak tiga ni =) .

Menjelang EDD saya anak ketiga ni macam-macam perkara baru jadi. Betullah setiap kali kita mengandung dan bersalin tu pengalaman yang berbeza-beza. Banyak ilmu baru saya belajar. Betapa besar ilmu Allah..ni baru ilmu berkenaan kelahiran bayi.

2 minggu sebelum EDD saya, masa check up dengan gynae, bayi dikesan dalam keadaan mendongak ke atas (OP position). Dr Lau kata kalau bersalin dalam keadaan baby OP ni agak sukar  n progress labor boleh jadi agak lama.

Balik tu google pasal OP dan tanya rakan-rakan dalam group Gentle Birth macam mana cara nak pusingkan kepala baby menghadap bawah. Occiput Posterior (OP) ni posisi kepala dah betul ke bawah tetap muka menghadap ke atas. 
Banyak tips-tips yang saya jumpa dan saya buat. Antaranya:
  • Banyakkan sujud
  • Duduk dalam keadaan punggung kita lebih tinggi dari lutut, duduk atas gym ball senang.
  • Tidur mengiring kiri
  • Buat posotion all four. Macam kita basuh bilik air tu.
  • Banyak doa & cakap kat baby supaya baby pusing sendiri normal. Suami pun doa sekali.
Alhamdulillah next weeknya cek kepala baby dah pusing normal.Settle bab posisi kepala baby, ada perkara lain pulak Dr Lau cakap. Uri dah matang atau Placenta Calcification. Masa scan tu nampak tanda-tanda putih kat uri kita. So start risau balik. Dr Lau beberapa kali suggest induce. Bila balik google dan tanya kawan-kawan yang berpengalaman baru tahu rupanya uri matang ni ada stage dia. Tengok berapa % uri kita yang dah matang tu. Paling merbahaya kalau kena masa Trimester 1 & 2. Biasa nak dekat deliver ramai yang kes uri matang ni. Doc minta saya keep monitor pergerakan baby.

Sementara menunggu EDD 31 Mac 2014 macam-macam saya buat supaya bersalin sebelum EDD sebab saya tak nak induce. Doa, solat hajat supaya saya bersalin normal dan suami ada masa saya bersalin. Banyakkan berjalan, dance (haha ni perkara baru saya belajar pregnancy kali ni..sila buat dalam bilik tertutup yg berkunci ye =p ), exercise atas gym ball tu, Gym ball ni saya beli murah masa ada Discount kat Groupon. Suami pun setiap weekend nak dekat EDD tu balik. Tq hubby =)

31 Mac masih belum bersalin. Jumpa Dr Lau cek air ketuban semua ok lagi..saya mintak tunggu lagi seminggu. Ok Doc kasi. Saya kerapkan aktiviti saya seperti di atas tu.

Saya google macam mana nak induce naturally. Perkara baru saya tahu ialah makan nenas atau minum jus nenas tu. Awal-awal pregnant jangan buat ye. 6hb saya start makan buah nenas tu. Abah belikan sebiji nenas. Deeja cadangkan ambil nenas & alfalfa. 7hb pagi saya ambil alfalfa Shaklee 5 biji. Petang 7hb tu ada keluar tanda darah sikit tapi tiada rasa contraction. Saya kerapkan exercise atas gym ball.

3am 8 April 2014

Start rasa contraction. Bila cek jarak sakit 5 minit tapi tak tetap. Mandi air panas, kejut hubby.. pukul 4am baru bertolak ke Hospital Pantai Batu Pahat. 10 minit je perjalanan. Sampai sana cek bukaan 5cm. Saya tak buang air besar semalamnya jadi rektum saya penuh Doc cakap.
Sepanjang kontraksi ni saya apply breathing technique dalam buku Hypnobirthing tu dan yg Deeja ajar. Alhamdulillah byk membantu.

6am saya dah rasa sakit yg amat tapi ingat lambat lagi. Saya cakap kat hubby pergilah solat subuh dulu. 6.15am rasa nak keluar dah baby. Dr Lau tanya nak tunggu hubby tak. Saya cakap tak boleh tahan dah ni . huhu.

6.15am keluarlah makhluk Allah yg sangat comel ni. Dr Lau terus bagi kat saya. Suam-suam rasa badan baby. Alhamdulillah. Nurse minta izin nak ambil baby dan bersihkan dulu. Ok. 5 minit kemudian nurse bagi baby dah dibersihkan dan saya breastfeed baby dalam labor room. Suami sampai baby dak keluar =)

Saya sambung pengalaman berpantang next post ok.
Semoga bermanfaat =)
 
 
 

Wednesday, November 6, 2013

Pesan seorang suami..

Assalamualaikum wbt

Petang-petang diberi masa free time anak-anak tidur untuk buat entri ini.

Flashback saya start guna Shaklee tahun 2011 masa menyusukan Balqis. Badan saya jadi tak bertenaga masa puasa. Lembik sangat2. Memang lain sangat rasa waktu single mingle dulu. Macam-macam usaha saya buat. Sahur ambil kurma, roti wheatmeal dan macam2 lagi lah untuk beri tenaga tapi tak berjaya juga. Try ESP alhamdulillah bertenaga sampai ke petang.

Saya join sebagai ahli Shaklee pada Ogos 2012. Masa tu memang terus terang saya join sebab nampak income statement Master Cery yang 6 angka tu. Saya terfikir, kalau dia boleh buat, why not me? So sebelum join saya tanya pendapat orang, google2 pasal sistem Shaklee ni Halal ke tak. Alhamdulillah saya dapat jawapan yang meyakinkan saya dan dapat restu suami.

Satu je pesan suami sampai sekarang ni, ingat niat utama join Shaklee ni untuk apa? Memang kita berniaga nak untung kan tapi sebagai orang Islam kita ada niat utama lain. Duit tu memang jadi salah satu reason kenapa orang berniaga dan bekerja.

Pesan suami saya yang dia selalu ulang-ulang sampai sekarang :
" Ingat, niat join Shaklee sebab nak tolong orang. Tolong orang dapat kesihatan baik, tolong orang baiki taraf hidup dgn jana pendapatan dengan Shaklee, tolong orang dengan banyak bersedekah"

" Biar dapat sikit asalkan berkat..Tapi kalau banyak dan berkat itu sebaiknya"
" Kalau ada clash kerja2 jemaah, anak2 dengan Shaklee, dahulukan jemaah n anak2 "
 
"Dhuha jangan tinggal"
Insyaallah. Terima kasih abang kerana selalu mengingatkan. Please do remind me always.  Thanks for your great support.
 
 
 


Sunday, July 14, 2013

Saya mampu terbaring sahaja semasa berpuasa

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita berpuasa. Macam mana dengan Ramadhan kali ini? Semoga ini merupakan Ramadhan terbaik buat diri kita.

Saja nak flashback kenangan berpuasa saya sejak berkahwin. Tahun 2011 saya kena berusaha untuk qada' puasa sebulan kerana tahun 2010 saya bersalinkan Balqis beberapa hari sebelum bulan puasa. Jadinya saya kena qada' puasa masa saya menyusukan Balqis. Balqis fully breastfeed alhamdulillah. Perbezaannya memang sangat ketara berbanding kita berpuasa time single mingle dulu. Lain sangat-sangat. Saya sahur macam-macam nak kasi bertenaga seharian tapi end up pukul 12 tengahari mesti rasa sangat-sangat tak berdaya, lapar, letih, terketar-ketar.

Ya.. Saya mampu terbaring atas katil sahaja, tak dapat buat kerja-kerja rumah.Nasib baik time tu Balqis kecik lagi, tak banyak ragam sangat. Dan kalau mampu teruskan puasa, bila lepas berbuka memang rasa letih sangat. Berakhir pukul 9 malam saya dah 'lepak', tidur.

Masa ni memang berfikir Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya sehingga Allah beri keringanan pada golongan wanita yang mengandung dan menyusu anak untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan jika tak mampu dan memudaratkan ibu dan anak.

Tapi saya fikir saya kena cari juga solution nak kasi qada' puasa sebulan ni. Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee. Saya cuba Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD) semasa sahur dan berbuka.

Resultnya? Hanya Allah yang tahu betapa terujanya saya bila rasa bertenaga yang amat masa puasa. Saya macam tak percaya saya mampu buat kerja-kerja rumah bahkan bersihkan bilik mandi walaupun dah pukul 6ptg. Lepas berbuka pun rasa bertenaga sampai malam. Sampai sekarang ESP dan PD sahur wajib saya selain kurma dan menu lain.

Saya yakin ramai di luar sana yang mengalami apa yang pernah saya rasa. Berikan peluang untuk diri anda cuba sendiri dan rasa.


Suka saya share pengalaman ibu-ibu lain dengan set ini. Saya sangat happy bila dapat feedback sebegini:

 Pn Farra sama pengalaman seperti saya. Tak percaya boleh buat kerja rumah, mop lantai balik dari kerja time PUASA


 Pn Yana yang sedang berbadan dua pun bertenaga dengan set ini. Suami Pn Nisak pun guna.


 Pn Zura beri pada pembantu rumahnya. Bibiknya cakap "badan tak rasa letih, tekak tak rasa perit, tak seperti puasa rasanya"


Ni customer saya yang sedang mengandung. "tak rasa letih dan lapar"


Yang penting, produk Shaklee natural, HALAL, selamat dan terbukti berkesan insyaallah. Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi saya;

Huda
013 4906806 (message/whatsupp)
FB : Nor Huda Mazan

.

Friday, December 28, 2012

Resepi roti telur versi Vendetta

Assalamualaikum

Lama dah tak share resepi. Amacam? Kelaaas tak nama resepi ni? Huhu. Ni nama saya yang beri sebab first time tengok bila tengok movie Vendetta dengan husband. Hubby pun request nak roti telur macam V buat. Tu yang sanggup google cara-cara nak buat. Baru tau nama resepi ni 'Egg in a basket'. Resepi ni sangat sesuai untuk semua golongan. Anak-anak pun sangat sesuai sebab rupanya menarik dan lain dari biasa. 1`Balqis pun suka especially roti bulat kecil yang dipotong tu.

Ok.

Bahan-bahannya:
Roti putih Gardenia
Butter
Telur
Gelas
Lada sulah

Cara-caranya:
1) Tekapkan permukaan gelas yang bulat ke permukaan roti di bahagian tengah sehingga terpisah.
2) Sapukan butter ke keuda-dua belah permukaan roti.
3) Cairkan butter di frying pan.
4) Letakkan roti di frying pan. Api kecil ye
5) Letakkan butter di bahagian tengah roti yg dah berlubang tu, Kemudia masukkan telur. Tabur lada
    sulah.
6) Agak-agak telur dah masak, terbalikkan untuk 2 minit kemudian SIAP =)


ni gambar V masak' Egg in a basket' dalam movie Vendetta


Ni hasil masakan saya


Boleh juga refer video ni untuk cara masakan : 

Wednesday, September 19, 2012

Too much to learn

Anak-anak dah tidur, masa untuk ummi 'bersendiri'. Malam je ummi dapat buat aktiviti ummi sendiri, siang memang masa untuk anak-anak selagi mereka tidak tidur. Itu pun kalau malam takde program etc. Alhamdulillah masa dirasakan sangat tinggi nilainya.

Dalam kepala ni macam-macam perkara nak kena buat. Sampai ada tahap rasa tak cukup masa 24jam. Ni pun rasa nak meluahkan dengan blogging. Saya rasa banyak sangat perkara yang saya kena study. Kalah student Master, PHD..ahaa

Macam-macam, sebab banyak benda yang saya masih tak tahu sebagai ibu, isteri, dai'e. Nak study pasal eczema Balqis and how to heal it. Baru jumpa group FB Natural Healing for Asthma Allergies Eczem. Banyak sangat info-info berguna yang saya baru tahu. Baru tahu penggunaan steroid cream yang selalu diberi Doktor tu sangat tidak elok dan memberi kesan yang tidak baik esp to infant. Baru tahu VCO(virgin coconut oil) pun boleh mendatangkan alahan kepada sesiapa yang mempunyai eczema. Selama ni duk sapu VCO ke Balqis. Banyak lagi nak kena study. Syukur dapat join group ni.

Ini baru bab kesihatan. Bab pendidikan anak-anak, healthy living, business, fikir masalah negara lagi =p. Saya yakin semua orang mengimpikan kehidupan yang sebaiknya, jadi mari kita berusaha ke arah itu.

Inilah ilmu Allah kan, sangat luas. Allahuakbar. Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita rasa kita tak tahu.

Mari menggunakan masa sebaiknya, manage time well. Banyak ilmu yang kita boleh dapat sama ada di Facebook, website, buku dan sebagainya. Terpulang sama ada kita mencarinya atau tidak.

Selamat malam.


Ohh..saya tidak seserius gambar di bawah ketika mengadap laptop =)



Monday, September 3, 2012

Pengalaman bersalin anak kedua Natural Birth (PART III)

Ok now it's come the real birth story..

Jam 4a.m 2/7/2012 (exactly on my EDD) saya start rasa mild contraction. Saya ingat time ni Final EURO 2012, abah & ma tak tidur ada depan TV. Saya yakin ni masanya and then call my hubby to rush from Terengganu. Abah tolong hantar ke Hospital Pantai Batu Pahat. Cek bukaan di sana already 5cm. Woww. Yang ni saya tak dapat nak elak, due to my GBS infection saya kena IV drip untuk antibiotik untuk mengelakkan jangkitan pada baby. Sepatutnya 4 hour before deliver kena IV drip ni. Selepas tu jam 5.30 pagi saya request untuk solat Subuh (alasan saya untuk berjalan-jalan, belum masuk waktu Subuh lagi). Nurse tanya nak solat di katil or bilik saya. Of course bilik wad saya. Ada peluang saya untuk jalan,jalan dan jalan untuk mempercepatkan bukaan dan mengurangkan rasa sakit. Nurse risau kat saya sebab dah 5cm tapi saya mampu lagi untuk jalan dan solat seperti biasa. Sementara menunggu waktu Subuh di bilik wad saya, menggunakan waktu dan kesempatan yang ada untuk berjalan sambil praktis pernafasan. Kemudian solat Subuh seperti biasa. Dalam 6.30 pagi saya dipanggil masuk ke labor room. Cek bukaan already 8cm. Dr.Lau tanya betul ni you tak nak induce? Yess Dr. Pengalaman bersalin anak pertama saya di induce. Sepanjang dalam labor room saya praktis teknik pernafasan to ease the pain. Tq Deeja banyak beri guide pasal teknik pernafasan ni dan bagi pinjam buku Hypnobirth. Sangat membantu.

7.30 am contraction sangat kerap dan kuat. Dr Lau kata you dah boleh push sebab dah 10cm. Tapi saya tak rasa macam nak push sangat so tunggu je bila saya rasa nak push. Alhamdulillah 4 kali push lahirlah seorang puteri comel jam 7.53am seberat 3.77kg without any pain medication, without episiotomi, induce and so on. Alhamdulillah. Saya berkesempatan skin to skin contact dengan baby & hold my baby right after deliver. Allahuakbar. Alhamdulillah. Walaupun tanpa suami di sisi, saya berjaya melalui proses bersalin seperti yang saya inginkan. Allah bantu saya.

Saya syukur sangat sebab Hospital Pantai Batu Pahat support breastfeeding. Highly support!! Tq to my gynae Dr.Lau, paed Dr.Annisa and all nurse yang membantu saya melalui proses bersalin di sini dan sangat support breastfeeding. I highly recommend Hospital Pantai Batu Pahat kepada yang berkenaan.

 Aisyah Sakinah



Pengalaman bersalin anak kedua (PART II)

Sambungan dari Part 1,

Untuk bersalin kali ni saya pilih natural birth. What is & Why natural birth? Natural birthing kalau ikut definition mr.google :
  • going through labor and delivery without the help of medications, including pain relievers such as epidurals, induce
  • using few or no artificial medical interventions such as continuous fetal monitoring or episiotomies (when the area between the vagina and anus, called the perineum, is cut to make room for the baby during delivery)
  • allowing the woman to lead the labor and delivery process, dealing with it in any way she is comfortable
Walaubagaimanapun, saya yakin maknanya berbeza bagi setiap individu yang memilih natural birth. Makna natural birth bagi saya ialah melalui proses bersalin secara alami, tanpa sebarang  medication(drug free), tanpa ubat penahan sakit (epidural, etc), tanpa induce, episiotomi dan sebagainya UNLESS TRULY NECESSARY.

Why natural birth? Saya percaya Allah ialah sebaik-baik Pencipta dan tubuh badan kita wanita memang perfectly designed untuk melalui proses bersalin. Alat bantuan perubatan sangat dihargai jika komplikasi berlaku. Insyaallah dengan preparation yang cukup, exercise, proper diet, kita sebagai wanita boleh bersalin dengan natural. Banyak cara natural / drug free method untuk kurangkan rasa sakit ketika bersalin. Oleh sebab saya study last minute, hanya cedok ilmu di group FB The Gentle Birthing Group Malaysia ,  cedok ilmu dari member yang berpengalaman di sana esp sis Deeja(thanks eh bagi pinjam buku Hypnobirth) n sis Najwa, google sana google sini sempat study buku Hypnobirthing Deeja pos ke Johor beberapa minggu sebelum bersalin. Memang 1 buku ni belum habis sempat dibaca. Saya fokus baca yang penting (semua penting ye tapi ni kes saya takut tak sempat..hehe) esp topic breathing technique. Duk praktis 3 type breathing & visualise technique tu untuk mengurangkan rasa sakit. Yang ni pun belajar dengan Deeja guna WhatsApp je.Huu boleh tak. Orang siap pergi course bagai. Insyaallah next pregnancy ada kelapangan nak join course Hypnobirthing ni.


Friday, August 10, 2012

Pengalaman bersalin anak kedua (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah berjaya juga buat posting baru selepas sebulan berpantang. Tempoh mengandung, bersalin dan berpantang kali ni banyak pengalaman baru, belajar perkara baru, muhasabah diri. Alhamdulillah. Allahuakbar. Kita takkan pernah berhenti belajar sampai akhir nyawa kita.

Dari tempoh mengandung saya tidak mengalami sebarang alahan alhamdulillah. Cuma masa 32 week saya bleeding sikit. Nothing serious. Week 36, saya buat Group B streptococcus (GBS) test dan resultnya saya positive kena GBS infection. Saya sangat recommend para ibu untuk buat test ni. Masa kehamilan pertama memang tak tahu langsung berkenaan GBS ni even check up di swasta juga. Pregnant kedua ni kebetulan check up di Hospital Pantai Batu Pahat dan gynae saya Dr.Lau buat test ni. Thank you Dr.Lau. Bakteria ni normal je dan most women ada cuma jadi bahaya bila kita pregnant sebab ibu akan pass GBS to her baby during delivery.

Alhamdulillah tahu awal dan diberi antibiotic yang sepatutnya to 'kill' the bacteria. Ada juga buat natural treatment using garlic. Huu..kelakar je yang part garlic ni. Kemungkinan baby yang dijangkiti GBS ni masa delivery ada jika ibu tak treat dari awal. Baby akan ada simptom berbahaya seperti kidney failure; health problem, pneumonia, meningitis dan ada lagi saya tak ingat. Walaupun % baby dijangkiti adalah 1 out of every 200 babies, tapi saya tak nak ambil risiko. Walaupun saya tahu penggunaan antibiotik during deliver akan membunuh both good and bad bacteria tapi seperti yang saya nyatakan, saya tak berani ambil risiko.

EDD saya 2/7/2012 tapi pengalaman bersalin pertama awal seminggu. So i expect the same for this pregnancy. 2 minggu sebelum tarikh EDD ada darah keluar so ingat dah nak bersalin. Tapi tiada rasa sakit apa-apa. Untuk kepastian saya pergi je hospital untuk cek. Bukaan baru 2 cm dan Dr.Lau minta saya balik dulu.


to be continued...

Monday, May 21, 2012

Permudahkanlah

Semakin hampir masa nak bersalin, semakin takut. "Isshh..anak kedua ni bukan anak first takde pengalaman lagi".. kata-kata ni yang selalu memujuk hati menghilangkan rasa takut. Bukan apa, pengalaman bersalin berbeza untuk setiap kelahiran. Think positive. Berdoa semoga semua dipermudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Mungkin rasa takut dan risau sebab hubby kemungkinan tak dapat bersama masa saya deliver nanti. Hubby kena outstation masa minggu tarikh EDD saya. Outstation yang jauh =( . Teringat masa bersalin Balqis, hubby la yang memberi kata-kata semangat di sisi saya sepanjang tempoh saya bersalin. Sekarang memang doa dan berharap agar baby keluar masa abi ada, sama ada sebelum atau selepas outstation.

Sekarang asyik terfikir siapalah nak teman saya dalam labor room beri semangat masa bersalin nanti. Adakah saya terlalu bergantung harap kepada suami?

Allah kan ada...Allah yang beri kekuatan! Bergantung haraplah dengan Allah..

Monday, May 14, 2012

Week 32

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah minggu ke 32 rupanya. Macam-macam perasaan. Banyak lagi tak habis study pasal gentle & natural birthing. Semoga birth plan ku diterima di hospital nanti. Awal Jun baru dapat refer Dr yang berkenaan.

Walaupun baru 32 minggu, contractions dah mula rasa. Minggu lepas dari jam 1am-5am. Walaupun cuba menyedapkan hati bahawa itu ialah false contraction @ Braxton Hicks, takut dan risau juga. Time Balqis selalu jadi false contraction esp bila travel jauh. Ada perbezaan antara true and false contraction :


Dalam pada preparation nak bersalin ni walaupun anak kedua, rasa banyak benda yang tak tahu dan banyak lagi kena belajar. Buat masa sekarang banyak 'cedok' ilmu instant yang member share di group FB The Gentle Birthing Group Malaysia.

Banyakkan baca positive birth story, selain doa dan amalan-amalan lain. Ni saya share satu amalan dari one of member group ni. Sangat inspiring.

  
Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ye.






Thursday, April 19, 2012

Recommended Book


Assalamualaikum.

Baru dapat update setelah beberapa hari terputus hubungan dengan dunia luar. Baru balik dari menemani suami berkursus beberapa hari di sebuah resort di Besut..yang tiada internet connection. Nanti saya beri review berkenaan resort tersebut.

Nak share satu buku yang saya highly recommend. Buku bertajuk
"The 2,000 Best Games and Activities" by Susan Kettmann. Actually buku ni pinjam dari biras saya K.Min. Tak pulang-pulang lagi. Hehe. Sorry K.Min. Selagi tak jumpa buku ni kat kedai, taknak pulang rasa.

The best part berkenaan buku ini ialah games dan aktiviti dibahagikan dan disusun mengikut umur dan skill. The skills are :

-- Communication
-- Curiosity
-- Decision making
-- Kindness
-- Playfulness
-- Self-control
-- Self-esteem

So contoh untuk Balqis, saya akan buka chapter Toddler dan pilih skill mana yang kita nak latih pada hari tersebut. Umur pula dibahagikan dari baby sehingga 8 year old. Untuk next babies, boleh refer chapter Babies dan pilih skill yang berkenaan. Aktiviti yang simple dan hanya mengambil masa 10-15 minit. Sangat diperlukan oleh first time mom seperti saya.

Cari buku ni di kedai buku MPH tapi tak jumpa. K.min beli di UK dulu. Sesiapa ada nak let go buku ni, jual pada saya ye. Tq

mode: sambung packing barang =)

Saturday, April 7, 2012

Nak bersalin di mana?


Assalamualaikum wbt

Menggagahkan diri untuk update blog kesayangan ni. Fuhh.. Kalau ikut banyak perkara nak share tapi kita ambil yang latest la ye.

Alhamdulillah baru balik dari check up mengandung. Sudah 28 minggu. Kejap je masa berlalu. balqis nak jadi kakak dah =)


Bangunan baru Hospital Pakar PRKMUIP

Sebelum ni saya check up di KMC, Kuantan seperti time Balqis. Saya tak tahu kewujudan Hospital Pakar PRKMUIP @ Klinik Al Farabi sebelum ni sehinggalah kes emergency saya bleeding malam-malam dan mencari hospital pakar di Kuantan kerana KMC tidak ada doktor pakar pada waktu malam.

Selepas survey dan berbincang dengan husband, kami ambil keputusan untuk monthly check up dan insyaallah bersalin di sini. Antara sebab-sebabnya kami memilih hospital ini berbanding hospital lain di Kuantan ni :

1) Mengamalkan etika kerja Islam. Kalau gyane perempuan, mereka ada 6 orang. Pekerja semua Muslim. Kita kena pilih gynae perempuan lah kan seboleh-bolehnya melainkan darurat. Kalau masa bersalin, mereka akan mengalunkan ayat-ayat Quran, akan sediakan bahan-bahan untuk tahnik baby, air zam zam, kalau baby perempuan mereka bersedia untuk sunatkan terus. Ni mengikut pengalaman ibu-ibu yang pernah bersalin di sana.

2) Doktor pakar available pada waktu malam.

3) Facilities seperti wad yang sangat selesa sebab mereka baru berpindah ke bangunan baru di Jalan Gambut. Saya mementingkan wad yang selesa sebab saya nak berehat sepenuhnya dengan baby, Balqis & husband. Family nak datang pun takde masalah sebab biliknya besar. Husband & Balqis bolehla bentang Toto kat bawah tidur sekali =)


antara bilik yang disediakan di sini. saya harap dapat book bilik ni by time saya bersalin. untuk keselesaan kami anak beranak

4) Breastfeeding friendly. Tidak seperti hospital masa saya bersalinkan Balqis.

Walau apa pun, ini merupakan perancangan kami sahaja dan Allah itu sehebat-hebat Perancang. Bersalin di mana pun asalkan proses bersalin saya dipermudahkan dan semua selamat insyaallah. Doakan saya ye.

Setakat ni dulu update kali ni.
Ehsan gambar dari Facebook PRKMUIP


ni Klinik untuk check up mengandung. di bawah Hospital PRKMUIP. bangunan yang sama

p/s : Jika nak cari hospital ni di GPS masing-masing, jangan search Pusat Rawatan Keluarga MUIP. Sebab ia akan membawa anda ke bangunan lama. Search S K Teruntum , Jalan Gambut. Hospital ini bersebelahan sahaja dengan sekolah Teruntum ni.

Thursday, March 10, 2011

Mati itu pasti

Al fatihah buat arwah Khairul Hakimi yang meninggal akibat kemalangan. Beliau merupakan pelajar tahun akhir UTP. Tidak kenal rapat dengan arwah tetapi sempat kenal semasa di UTP dan semasa arwah berpraktikal di Paka.
Siang tadi diberi kesempatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya. Semasa sampai, jenazah selamat dimandi dan dikafankan. Semua urusan jenazah sehingga pengkebumian diuruskan oleh sahabat-sahabat arwah. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNya mengikut kata sahabat arwah.
Suami banyak bercerita berkenaan arwah since banyak meminta tenaga kerja arwah dan rakan yang lain semasa berpraktikal di sini. Arwah merupakan seorang yang komited dengan gerakerja Islam dan mudah untuk memberi sumbangan tenaga untuk gerakerja Islam.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik tadi asyik terfikir dan muhasabah diri seketika. 'arwah sekarang sedang disoal oleh malaikat di dalam kubur...bagaimana keadaan arwah?', "bagaimana keadaan aku dalam kubur kalau mati sekarang?", "sudah cukup bekalan yang hendak dibawa ke sana?"...allahurabbi.. Sudah bersediakah aku untuk bertemu tuhanku?Allah..terimalah taubatku. Aku ingin mati dalam agamaMu, dalam perjuangan ini, aku takut akan siksaan kuburMu, aku ingin ditempatkan di kalangan yang beriman, aku ingin bertemu dengan kekasihMu Rasulullah, aku ingin masuk syurga ya Allah..Tetapi layakkah aku ya Allah? Berilahku kekuatan untuk meraih redhaMu..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.

Tuesday, January 18, 2011

Iqra' .. Bacalah


Alhamdulillah...selesai kelas tuisyen English darjah 3 pagi tadi seperti biasa. Tapi ada yang lainnya pada kelas hari ini. Hari ni seorang lagi pelajar baru mendaftar menjadikan kelas darjah 3 saya seramai 6 orang. Pendaftaran ditutup =)

Semasa mengajar tajuk Preposition tadi, saya meminta setiap seorang pelajar saya membaca petikan yang diberi. Sampai giliran pelajar baru ni dia senyap je. Berulangkali saya panggil nama dia...tapi dia senyap je. Tak lama kemudian saya tengok dia kesat air mata. Ehh..menangis ke? Dalam hati tanya.."aku ni garang sangat ke?". Saya pergi kat dia dan minta dia eja satu persatu dia tak dapat. Selepas kelas saya bertanya kepada rakan kelasnya yang lain. Rupanya di sekolah, dia diletakkan di kelas pemulihan iaitu untuk yang masih belum pandai membaca. Berat tugas saya ni. Pada masa sama saya kesian dan nak tolong sangat anak bangsa saya ni pandai membaca. So untuk kelas seterusnya saya letakkan pelajar baru ni pada waktu kelas lain so that saya boleh fokus kepada dia untuk ajar dia membaca. Target saya...dia pandai mengeja. Semoga Allah permudahkan.

Bila ajar anak murid tuisyen ni, seringkali teringat kat si kecil Balqis. Saya sentiasa doa agar Balqis diterangkan hati, dilancarkan lidah, akal fikiran untuk menerima segala ilmu Allah yang akan diterimanya nanti. Pada masa yang sama ummi dia kena rajin ajar dia baca buku.

Monday, December 27, 2010

Anniversary

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam genap setahun 3 bulan perkahwinan kami. Untuk pengetahuan..kami memang sambut setiap bulan. Takdelah sambut sangat. Sekadar mengingatkan masing-masing usia perahwinan dan menghargai antara satu sama lain =). Balqis pun akan mencecah 5 bulan 29.12.10 ni. Seronok tengok dia membesar depan mata. Tak terlepas satu pun. Pencapaian Balqis bila mencecah 5 bulan ni :

1) Semalam nampak dia berjaya tiarapkan badan. Tapi sekali tu je..pastu tak buat2 dah. Huhu. Takpe anak ummi. Good effort honey. Mengiringkan badan dah selalu dah.
2) Suka didirikan dan didudukkan. Tak suka baring. Lenguh ummi dukung.
3) Pantang dapat benda semua masuk mulut.
4) Asyik sangat tengok orang makan. Sabar ye cayang ummi. 6 bulan nanti ummi buatkan bubur sedap2.
5) Mulut makin riuh.
6) Suka menyembur esp bila dia ngantuk.
7) Alhamdulillah Balqis semakin mudah diuruskan, semakin kurang ragamnya.

Semakin dia membesar semakin banyak keperluan yang kita perlu berikan. Contohnya permainan. Permainan untuk baby ni penting untuk stimulate/ransang perkembangan physical & mental baby. Permainan yang diberi perlu sesuai jugak dengan umurnya. Ni ketam merah kat bawah ni merupakan 1st toy Balqis. Ummi & abi gi beli kat Mesra Mall. Ciri-ciri permainan ni merangkumi untuk ransangan warna, bunyi dan tekstur.



First toy Balqis: Si crab merah

Ada lagi kawan ketam ni. Abi Balqis belikan rattle si monyet dan pisang pulak. Ummi pulak seronok dengar bunyi monyet tu. Dan abi yang tersayang belikan juga Balqis tempat mainan 3 in 1. Sesuai untuk yang belum pandai meniarap, dah pandai meniarap, dah pandai duduk. Tapi Balqis x lama sangat baring kat situ. Dia geram sebab tarik2 toy tu nak masuk mulut x dapat.



Abi belanja ummi dua buku masa shopping hari tu. Buku yang berjaya khatam dan seronok nak apply kat Balqis ialah buku How To Have A Smarter Baby. Berkenaan macam mana nak ransang baby dari segi physical & mental. Menarik. Recommended to others esp yang sedang mengandung. Insyaallah niatkan anak kita jadi pintar soleh solehah. Pintar untuk berbakti kepada agamanya. Satu lagi buku belum khatam.


thanks abang belanja buku ni

Sekarang ummi tengah rajin ajar Balqis ABC. Ajak Balqis tengok video ABC kat youtube. Video alif, ba, ta belum lagi.Next week insyaallah. Minggu ni biar ABC dulu. Nanti dia konfius. Buku ABC pun ummi dah belikan dan dah ajar sikit2 kat Balqis. Tapi jangan overstimulate our babies ok. Pastikan ada masa dia main toy dia bersama kita.

Till then. Insyaallah sambung lagi nanti. Prepare for my next class.

p/s: Ummi tengah fikir cara macam mana nak train Balqis untuk tinggal lama dengan orang lain. Macam mana Balqis nak tidur sebab selama ni ummi ada baru tido. Ummi & abi planning to go to Indonesia for ummi's business. Semoga Allah permudahkan. Semoga impian terlaksana =)


Sunday, November 28, 2010

Allah..

Balqis tertidur sambil hisap jari


Alhamdulillah Balqis bakal berumur 4 bulan pada 30hb ni. Balqis dah pandai ape orang tanya? Balqis dah pandai borak, jerit, hisap jari, gelak2, x suka baring..asyik nak kena dukung je, berat dah 6.5kg. Masih belum berjaya meniarap. Takpe cayang umi..learnt it step by step.

Weekend semalam kami berada di Kuantan, kenduri sepupu rapat saya. Seronok sebab jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Merapatkan yang dah lama terpisah, yang tak pernah bertemu. Pada masa sama saya belajar banyak perkara yang berguna sebagai ibu. Sharing dari makcik yang bermakna. Kalau nak cerita panjang sangat.. pengajaran dari cerita tersebut; "Peliharalah Allah, Allah akan menjagamu" & Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.

2 perkara ni memang saya sedang praktikkan dalam kehidupan sebagai isteri dan ibu. Bila dah jadi ibu ni makin terasa. Dan sometimes saya akui saya agak lemah. Satu benda yang saya akui..saya takut bila tinggal berdua dengan Balqis bila suami ke kerja atau program di malam hari. Same goes to my aunt yang ceritakan kat saya perkara ni. Macam2 saya fikir dalam kepala.. pencuri la itu la ini la. Serius.. Dulu tinggal sorang masa Balqis x lahir lagi ok je..bila berdua dengan Balqis lain pulak sebab kita ada orang yang kita risaukan lagi iaitu anak kita. Kalau suami balik awal atau ada di rumah itu satu kelegaan yang amat besar buat saya. Seperti satu beban yang hilang. Kadang-kadang nak request je xyahla pergi kerja hari ni..tapi tak sampai tahap tu la =p. Banyak lagi persamaan kisah saya dengan makcik saya. Saya boleh kata agak trauma bila dengar Balqis start nangis..

Lemahnya saya. Allah kan ada di samping kita setiap masa. Minta tolong pada Allah agar permudahkan urusan dengan anak kita. Minta pada Allah agar diberi ketenangan hati. Minta pada Allah agar dijauhkan dari segala kejahatan. Minta Allah kekuatan untuk permudahkan urusan rumahtangga. Jaga hubungan dengan Allah, Huda..

Wednesday, October 20, 2010

Lima perkara

tangan Balqis comel


"Perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati" (Hadis Rasulullah s.a.w)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk mengupdate blog. Somebody (tq for being my pembaca setia) request me untuk share pengalaman bila dah ada anak ni. Whole aspect..wahh. Insyaallah saya cuba.

Secara overview nya bertepatan dengan hadith di atas, salah satunya 'gunakan masa lapang sebelum sibuk'. Masa kita akan sangat limit. Mungkin berbeza dengan ibu-ibu lain. Tapi bagi ibu seorang Balqis yang sangat mudah meragam, kuat menangis(sahabat & adik2 usrah mesti tau) ianya satu yang amat menguji kesabaran. Sakit melahirkan anak insyaallah saya boleh tahan dan tidak sesusah menjaga dan mendidik anak.

Ragamnya seorang anak ini sememangnya mencuri masa kita. Kadang-kadang di rumah memang mencuri masa untuk masak, kemas rumah dan tuisyen. Kena tidurkan dia dulu baru boleh buat kerja. Nak tidurkan dia ni ambil masa lama kadang-kadang sampai sejam. For me it's all about masa dan sabar.

Kalau mengikuti satu meeting/usrah/program atau sebagainya mesti saya dapat attend not more than 50% of the whole program. Selebihnya melayan kerenah si Balqis yang menangis. Seperti usrah dan meeting baru-baru ni. Dari awal sampai habis menangis je dia. Sebab kacau masa dia nak tidur. Serba salah pulak saya dibuatnya kepada ahli meeting dan usrah. Kadang-kadang timbul rasa rindu masa-masa dahulu. Dapat attend program dan menyumbangkan sepenuh tenaga. Sekarang nak ke satu tempat, perkara yang difikir ialah 'kalau balqis meragam..'. Masa di kampus is very ideal. Pergunakanlah masa kita yang ada sekarang ni sebaiknya untuk menuntut ilmu, beribadah, membuat kerja-kerja di jalan islam sebab bila dah berumahtangga, dah ada anak, komitmen lain...masa anda akan jadi sangat terhad. Percayalah.

Insyaallah azam saya, walau sesusah mana menjaga Balqis, saya akan menggagahkan diri membuat kerja-kerja jemaah Islam ini semampu yang boleh. Doakan saya istiqamah kerana Allah dah janji anak-anak ialah ujian untuk kita. Semoga saya dapat mendepani ujian ini sebaiknya. Thanks to my hsuband kerana bagi semangat saya untuk gagahkan diri ke meeting2 dan gerakerja Islam. Semoga Balqis dapat menjadi mata rantai perjuangan ini dan menjadi seorang hafizah yang akan menarik ibu bapanya ke syurga jua....

ok..balqis dah nangis tu. insyaallah lain kali saya sambung.


Wednesday, September 22, 2010

Balqis & Alfredo


Balqis Adeena Bt Bari' Asyraf (2 days old)

Bismillahirrahmanirahim.

Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah ini hari ke 54 bergelar ibu. Greatest moment & gift from Allah. Walau banyak ujian dan kena banyak bersabar bila jadi umi ni..semoga Allah permudahkan. Selamat melahirkan Balqis pada 30 Julai 2010 (Jumaat) jam 12.45pm di Kuantan Medical Centre. Penghargaan tidak terhingga buat suami yang sentiasa ada di sisi menemani saat2 terindah melahirkan anak kami. Penghargaan buat suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat semasa melalui tempoh bersalin dan berpantang. Mengulangi kata-kata yang pernah diucapkan buat suami" I'm the most luckiest person on earth to have you in my life". Semoga kita dapat menempuh segala cabaran suka duka dalam mendidik Balqis menjadi anak solehah.

raya pertama bersama suami dan juga Balqis


Balqis kena tuam perut kembung dengan abi (semalam)


Alfredo tu ape pulak? Nak share resepi pasta alfredo. Resepi asal dari web ini Allrecipes . Tapi diolah mengikut selera sendiri dan bahan yang ada. Resepi ni tak guna sos Prego atau sos lain dlaam tin. Buat sendiri. Better you try =)


Bahan-bahan:


Heavy cream - tapi saya guna santan sbb heavy cream tiada
butter
chicken stock
mushroom - cari yang halal ye
carrot
chicken
sosej
telur - ambil kuning nya aje
bawang merah & putih
parmesan cheese

Cara-cara:

1) Cairkan butter, kemudia masukkan cream/santan. Api perlahan je. Kacau hingga mendidih.
2) Masukkan chicken stock
3) Masukkan ayam, bawang putih & merah, carrot, sosej, cendawan shitake yang dipotong kecil2
4) Akhir sekali masukkan kuning telur & parmesan cheese
5) Perasakan dengan Italian herb, garam & cili padi kalau mahu pedas
6) Sos akan menjadi pekat dan sedap. Hidangkan dengan macaroni yang telah direbus.

Resepi ini sempat dijamu kepada pasangan Mai & Kucai yang kebetulan bertandang ke rumah. Pasangan Ziana & Afiq, Iman & Irfan x sempat saya nak jamu sebab datang lewat sikit dah abis. Saya masak pulak sikit sebab tak tau mereka nak datang. Insyaallah lain kali saya buatkan lagi.



Pasta Alfredo (pinggan terakhir, kuahnya sikit dah)


Monday, July 26, 2010

10 month and 38 week already

Alhamdulillah hari ni 26 July 2010 genap 10 bulan menjadi isteri kepada Mr.Luvly, Bari' Asyraf. Tiada ucapan yang setanding untuk menggambarkan tanda penghargaan dan terima kasih ayang atas kasih sayang, cinta yang abang beri. You complete me. Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan semoga sayang dan cinta ini kekal mekar hingga keakhirnya~~

Hari ni juga kandungan dah mencecah 38 minggu. Terasa baru semalam mengetahui diri ini pregnant. Cepatnya masa berlalu. Kalau ikut abang lagila .. "rasa semalam je baru kahwin, ayang dah nak bersalin dah ye.." =p

Sepanjang kehamilan ni, I had experienced a lot .. semuanya mengajar erti kesabaran, kekuatan diri, kasih sayang dan hikmah yang terbesar sekali ialah kebesaran Yang Maha Pencipta. Kalau hendak diceritakan semua pengalaman, x larat den nak type. Serba sedikit saya share untuk tatapan semua pembaca..

How my life's changing during this pregnancy:
  • Alhamdulillah di awal pregnancy tidak mengalami alahan yang teruk seperti mommys yang lain. Cuma loya dan muntah sikit-sikit, tak boleh nak masak, tak selera dengan masakan sendiri, tak boleh bau bawang, ikan..
  • Semakin sensitif dan emosional >>> ni hubby yang bagi taula. Syukran hubby kerana memahami.
  • Tiada mengidam yang bukan-bukan. Seingatnya pernah mengidam beberapa kali. Antaranya bubur lambuk yang ma buat(alhamdulillah dapat). Sedaap...
  • Antara lain yang teruja dengan my pregnancy selain hubby dan keluarga ialah anak-anak murid tuisyen saya. Dalam kelas mesti tanya macam-macam pasal kandungan saya. Antara soalan yang ditanya oleh murid saya Darjah 1 hampir setiap hari; "Cikgu dah bersalin ke? Mana baby cikgu?" .. "Nanti cikgu dah dapat baby saya nak cubit pipi dia boleh x?" .. " Perut cikgu besar, ada baby kat dalam" .. "Baby cikgu ada dalam perut lagi ke?". huhu...
  • Tidak minum air tebu sepanjang kehamilan ni walaupun teringin sangat. Air tebu tajam .. takut perut tak tahan.
  • Hb(hemoglobin) saya rendah sepanjang kehamilan ni. Datang klinik asyik merah je buku pastu kena komen selalu dgn nurse/doktor. Hampir2 didiagnos kerana Thallasemia. Alhamdulillah takde. Beberapa kali darah kena ambil kat lengan sebab nak hantar ke hospital untuk cek.
  • Menerima layanan istimewa untuk wanita yang mengandung dari orang awam dan sahabat2. Huhu..
  • Di akhir kehamilan ni selalu mengalami Braxton Hicks contraction/kontraksi palsu.
  • Perut rasa sangat berat. Rasa nak jatuh ke depan je.
  • Sakit pinggang, kepala. ('they' are my best friend now)
  • Water retention. Kaki dan tangan rasa mengembang je. Kasut pun dah tak muat..
  • Menimba ilmu yang pelbagai berkenaan kehamilan, parenting .. etc
  • Selalu rasa tidak bertenaga esp lepas makan
  • Yang paling tak tahan.. PANAS. Badan berpeluh sokmo. Duduk saja je pun peluh boleh mengalir macam hujan. Normal for pregnant woman.
  • Banyak berjalan...petua mudahkan bersalin. Kalau hari biasa, berjalan dalam rumah beberapa kali pusingan. Kalau weekend takde program, hubby rajin ajak jalan-jalan kat Mesra Mall, pasar malam. Yang penting jalan kaki..
  • Pembelian barang-barang baby melalui online. Senang sikit melalui online. Antara yang dibeli online : Cloth diapers, breastpump, milk storage, romper dari blog Syahad =), mandian aura akar kayu dan nursing pillow.
  • Cakap-cakap dengan baby, bacakan Al Quran untuk dia.
  • Suka tengok baby gerak. Perut sampai senget/tinggi sebelah kadang-kadang. Apelah baby buat kat dalam tu ye..
  • Bermacam-macam lagi pengalaman pahit dan manis =)
  • Cuba untuk tidak menjadikan pregnancy ini sebab tidak dapat hadir ke mana-mana program dan aktiviti. Walaupun boss NISA' Paka dah kecualikan diri ini untuk hadir ke program atas keadaan diri sekarang. Insyaallah selagi larat saya datang.
Sekarang ni memang tunggu masa la. Baby pun dah turun bawah dan attach doktor kata. Aware dengan tanda-tanda bersalin. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Thank you to my hubby, family esp ma and mertua yang banyak beri panduan dan sokongan.

This is my last post before bersalin. Doakan semua selamat ye.

2 weeks to go, baby.
Umi and Abi can't wait to give you all of our love.

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™