Bila
dengar penyakit Cyst je memang agak menggerunkan sebenarnya lebih-lebih
kita wanita. Sebabnya secara sedar tak sedar Cyst ni dah ada dalam
ovari kita. Saya nak share fakta mengenai ovarian cyst yang perlu kita
tahu sebenarnya:
1. Ovarian cyst
adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
2. Terdapat
pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
3. Umur,kesuburan,haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
4. Bagi mereka yang
berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
5. Bagi mereka yang
muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic
cyst.
6. Cyst yang dijumpai
semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau
Corpus Luteal Cyst.
7. Corpus luteal cyst
selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
8. Dermoid cyst
selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua
belah ovari.
9. Dermoid Cyst
selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
10. Pembedahan pilihan
ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.
11. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk
kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang
cepat.
12. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy
termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan
hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding
dengan kaedah ‘Laparotomy’.
13. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh
semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun
Sumber : Portal AlamHamil
Ni perbandingan antara normal ovari dan ovari yang ada cyst
Cara yang terbaik untuk kita mengesan penyakit ni ialah dengan mengetahui simptom-simptomnya iaitu:
* Pelvic pain (bahagian bawah pusat)
* Sakit sebelum datang haid
*Sakit semasa hubungan seks
*Rasa perut penuh
* Loya, muntah
* Kerap buang air kecil
Sumber : Mayoclinic
Jadi kalau ada simptom seperti di atas jangan lengah-lengah untuk buat pemeriksaan.Saya rasa yang paling penting ialah prevention. Amalkan pemakanan yang sihat, ambil supplemen, exercise selalu, jalankan pemeriksaan kesihatan berkala.
Rasa berat pada ari-ari
Rasa berat pada ari-ari
Rasa berat pada ari-ari
