Assalamualaikum wbt
Insyaallah 3 topics in one posting kali ini. Nuramirah Hassan baru PM ana tadi, "Akak, posting blog akak dah jadi 18SG sekarang ... Kami baca..Ohh my god k.ude ... ke akak nak suruh kami kahwin awal ni?"
"Ooo ye ke.. akak rasa normal je dik. Klasifikasi U la tu. Mana ada 18SG. Lebih kurangla..nak menggalakkan pembaca kahwin awal dan bercinta selepas kahwin", balas ana kepada Mira.
Kelakar la adik-adik ni.... Insyaallah posting serius sikit kali ni ye mira =)
REZEKI
Baru seminggu lepas kami berkira-kira dengan status simpanan duit di dalam bank CIMB yang semakin berkurangan. (duit dalam Tabung Haji tidak boleh dikacau).Bulan ni agak banyak keluar duit; travel ulang alik ke KL utk beberapa urusan dan beberapa pembayaran lain. Sian kat abang... "Ayang kerja la ye bang? Boleh support sikit", tanya ana kepada abang walaupun dah tahu apa jawapannya. "Tak payah la yang ... ayang bisnes dari rumah kan", kata abang.
Baikk Boss... saje tanye abang =). Fokus Huda...fokus apa yang u nak buat!!
Dan rezeki Allah Yang Maha Berkuasa ... semalam cek akaun CIMB. Terkejut dengan jumlah duit yang agak besar yang berbaki. Cek punya cek dari mana source duit tu... Rupanya duit sponsorship untuk 2 sem terakhir di UTP yang extend tu baru masuk. Punyalah lambat dapat. Dah grad baru dapat. Alhamdulillah dapat juga. Thank you Allah..Thank you Petronas.
Alhamdulillah. Syukur sangat. Jangan takut soal rezeki bila ada niat nak kahwin ye adik-adik dan sahabat...Kita niat kahwin kerana Allah, ikhlas dan tujuan utk beribadat kepada Allah. Allah akan bantu kita. Allah dah tetapkan rezeki kita awal-awal lagi...
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur: 32)
Allah akan beri rezeki asalkan kita usaha dan yakin kepadaNya. Sedangkan ulat di dalam batu pun tidak terlepas dari rezeki Allah. Duit tu akan beri ke ma, abah dan pihak yang sepatutnya. Duit yang lebih tulah rezeki kami. Alhamdulillah. Allah is Great.
RESEPI
As per request dari zila, resepi kali ini(yang dimasak semalam) adalah seperti berikut :
Resepi Udang masak Pepper
Udang masak pepper (dalam periuk lagi)
Bahan-bahan:
Udang saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 batang cili padi / sebatang cili merah besar
Black or white pepper (i'm using blackpepper)
3 biji limau kasturi
Daun sup
Cara-cara:
1)Bersihkan udang,buang kulit dan urat hitam di atas dan di bawahnya. Tinggalkan ekornya. (Manis udang akan kurang kalau buang ekor)
2)Perap udang dengan garam dan pepper
3)Tumis bawang dan cili yang telah ditumbuk halus terlebih dahulu
4)Masukkan udang yang telah diperap
5)Perahkan jus limau kasturi dan boleh lebihkan air jika nak lebih kuah
6)Jangan goreng terlalu lama.Nanti udang jadi kecut. Agak2 udang dah nampak kemerahan dah boleh tutup api.
7)Sesuaikan rasa masam,masin,manis dan pedas
8)Tabur daun sup sebagai hiasan
First trial resepi ni. Jumpa kat blog orang. Ubah sikit resepinya ikut kehendak lidah. Sedap .. sedap. Abang kata menarik resepi ni. Tengah malam tadi abang ratah je udang ni ...
So zila ... resepi dah bagi ni.Buat jangan tak buat... =)
nyumm..nyumm...sedap
Petang ni buat spaghetti sikit. Nak kasi kat jiran sebelah, K.Dah sikit. I'll post later resepinya.
RAYA
Insyaallah akan beraya di kedua-dua family. Raya kedua mungkin akan balik ke Johor. Since my parents ada di Mekah sekarang. Bulan 12 baru mereka balik. Miss them much....
Hari-hari yang agak busy dengan program dan pelbagai aktiviti sedang dilalui... Weekend ni kami berprogram di tepi pantai pula bersama sahabat2 dan adik2 yang terlibat. Semoga Allah permudahkan urusan kami