Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Sunday, June 8, 2014

Pengalaman Bersalin anak ketiga

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ke59 lepas bersalin baru ummi sempat nak update blog. Betapa busynya ibu beranak tiga ni =) .

Menjelang EDD saya anak ketiga ni macam-macam perkara baru jadi. Betullah setiap kali kita mengandung dan bersalin tu pengalaman yang berbeza-beza. Banyak ilmu baru saya belajar. Betapa besar ilmu Allah..ni baru ilmu berkenaan kelahiran bayi.

2 minggu sebelum EDD saya, masa check up dengan gynae, bayi dikesan dalam keadaan mendongak ke atas (OP position). Dr Lau kata kalau bersalin dalam keadaan baby OP ni agak sukar  n progress labor boleh jadi agak lama.

Balik tu google pasal OP dan tanya rakan-rakan dalam group Gentle Birth macam mana cara nak pusingkan kepala baby menghadap bawah. Occiput Posterior (OP) ni posisi kepala dah betul ke bawah tetap muka menghadap ke atas. 
Banyak tips-tips yang saya jumpa dan saya buat. Antaranya:
  • Banyakkan sujud
  • Duduk dalam keadaan punggung kita lebih tinggi dari lutut, duduk atas gym ball senang.
  • Tidur mengiring kiri
  • Buat posotion all four. Macam kita basuh bilik air tu.
  • Banyak doa & cakap kat baby supaya baby pusing sendiri normal. Suami pun doa sekali.
Alhamdulillah next weeknya cek kepala baby dah pusing normal.Settle bab posisi kepala baby, ada perkara lain pulak Dr Lau cakap. Uri dah matang atau Placenta Calcification. Masa scan tu nampak tanda-tanda putih kat uri kita. So start risau balik. Dr Lau beberapa kali suggest induce. Bila balik google dan tanya kawan-kawan yang berpengalaman baru tahu rupanya uri matang ni ada stage dia. Tengok berapa % uri kita yang dah matang tu. Paling merbahaya kalau kena masa Trimester 1 & 2. Biasa nak dekat deliver ramai yang kes uri matang ni. Doc minta saya keep monitor pergerakan baby.

Sementara menunggu EDD 31 Mac 2014 macam-macam saya buat supaya bersalin sebelum EDD sebab saya tak nak induce. Doa, solat hajat supaya saya bersalin normal dan suami ada masa saya bersalin. Banyakkan berjalan, dance (haha ni perkara baru saya belajar pregnancy kali ni..sila buat dalam bilik tertutup yg berkunci ye =p ), exercise atas gym ball tu, Gym ball ni saya beli murah masa ada Discount kat Groupon. Suami pun setiap weekend nak dekat EDD tu balik. Tq hubby =)

31 Mac masih belum bersalin. Jumpa Dr Lau cek air ketuban semua ok lagi..saya mintak tunggu lagi seminggu. Ok Doc kasi. Saya kerapkan aktiviti saya seperti di atas tu.

Saya google macam mana nak induce naturally. Perkara baru saya tahu ialah makan nenas atau minum jus nenas tu. Awal-awal pregnant jangan buat ye. 6hb saya start makan buah nenas tu. Abah belikan sebiji nenas. Deeja cadangkan ambil nenas & alfalfa. 7hb pagi saya ambil alfalfa Shaklee 5 biji. Petang 7hb tu ada keluar tanda darah sikit tapi tiada rasa contraction. Saya kerapkan exercise atas gym ball.

3am 8 April 2014

Start rasa contraction. Bila cek jarak sakit 5 minit tapi tak tetap. Mandi air panas, kejut hubby.. pukul 4am baru bertolak ke Hospital Pantai Batu Pahat. 10 minit je perjalanan. Sampai sana cek bukaan 5cm. Saya tak buang air besar semalamnya jadi rektum saya penuh Doc cakap.
Sepanjang kontraksi ni saya apply breathing technique dalam buku Hypnobirthing tu dan yg Deeja ajar. Alhamdulillah byk membantu.

6am saya dah rasa sakit yg amat tapi ingat lambat lagi. Saya cakap kat hubby pergilah solat subuh dulu. 6.15am rasa nak keluar dah baby. Dr Lau tanya nak tunggu hubby tak. Saya cakap tak boleh tahan dah ni . huhu.

6.15am keluarlah makhluk Allah yg sangat comel ni. Dr Lau terus bagi kat saya. Suam-suam rasa badan baby. Alhamdulillah. Nurse minta izin nak ambil baby dan bersihkan dulu. Ok. 5 minit kemudian nurse bagi baby dah dibersihkan dan saya breastfeed baby dalam labor room. Suami sampai baby dak keluar =)

Saya sambung pengalaman berpantang next post ok.
Semoga bermanfaat =)
 
 
 

Wednesday, December 18, 2013

Supplemen Yang Penting Untuk Ibu Hamil Dan Breastfeeding

Assalamualaikum. 

Insyaallah malam ni nak share berkenaan kepentingan minyak ikan atau Omega 3 kepada ibu mengandung dan yang breastfeed. Biasa kalau kita check up mengandung di klinik kerajaan, kita tidak akan dapat supplemen Omega 3 ni. Melainkan di swasta ya kita akan diberi supplemen minyak ikan / omega 3 ni. Ni mengikut pengalaman saya lah kedua-dua klinik kerajaan dan swasta saya follow up.

Ni saya share kepentingan Omega kepada ibu mengandung dan yang menyusu badan.


  


Jadi, buat ibu-ibu di luar sana yang mempunyai lebihan wang, bolehlah membeli supplemen tambahan semasa mengandung dan menyusu nanti. Ni supplemen yang penting bagi saya. DHA yang terkandung dalam Omega 3 sangat penting untuk perkembangan bayi semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran.

Dan nak pilih supplemen Omega 3 ni pun kena bijak. Pastikan supplemen Omega 3 anda bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB yang biasanya terkandung dalam ikan di lautan dalam.

Kelebihan Omega Shaklee berbanding yang lain antaranya :

1) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

2) Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.
 

Jadi, buatlah pilihan bijak. Worth for your money =)

 
 
Hubungi saya, Huda (0134906806)
Pengedar Shaklee di Paka, Kerteh, Dungun 

 


 
 
 

Saturday, January 5, 2013

Perkara yang bakal ibu dan ibu perlu tahu

Assalamualaikum

Insyaallah hari ni nak share berkenaan saiz perut bayi yang baru lahir. Ramai antara kita tak tahu, saya masa bersalinkan anak pertama pun tak tahu. Apa pentingnya nak tahu saiz kapasiti perut bayi ni? Sangat penting sebab kita especially first time mom biasa takde pengalaman di hari-hari pertama kelahiran. Bila bayi nangis je kita ingat dia lapar, kita pun breastfeed tapi bayi still menangis. Kita mula fikir bayi tak cukup susu ni. Susu badan kita kurang ni. Lepas tu kita pun tambah susu formula which is 'No..No' (berusaha sebaiknya utk breastfeed anak-anak ye melainkan memang menghadapi masalah penyusuan) Bayi menangis bukan kerana lapar semata-mata. Banyak sebab antaranya lapar, x selesa, perut kembung, rasa nak didakap. lagi-lagi hari-hari pertama kelahiran.

Bayangkan 9 bulan bayi berada di dalam rahim ibu, di mana tempat yang paling selesa untuk mereka. Bila dah dilahirkan mesti bayi akan merasa kurang selesa di awal-awal hari kelahiran dengan 'dunia' baru mereka.

Ok, jom study saiz perut bayi dari hari pertama ke seterusnya:


              
Kalau kita tengok, saiz perut bayi pada hari pertama hanya sebesar biji guli sahaja. Sangat sudah mencukupi dengan jumlah kolostrum yang sedikit yang Allah dah sediakan dari breast ibu-ibu sekalian. Kesian kat bayi jika kita tambah lagi dengan susu formula, air masak atau sebagainya. Melainkan ibu-ibu memang menghadapi masalah penyusuan.



Gambar di atas pula kita dapat lihat kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi kita. Apa pun setiap bayi berbeza tapi kita perlu tau akan fakta ini supaya bayi mendapat yang sepatutnya dan kita ibu pun takdelah nak stress ke kan.

Gambar ihsan dari web ini dan ini juga .  =)

Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan supplement Shaklee untuk ibu-bu yang menyusu atau mengandung boleh hubungi saya Huda 013-4906806.


Sambung packing barang~








Thursday, December 6, 2012

Meroyan? Postpartum depression? Baby blues?

Sedang menghabiskan buku Vitamin Bible ni, terjumpa satu info menarik yang saya baru tahu berkenaan pengambilan Omega-3 semasa hamil dan menyusu badan.

Author buku, Dr. Earl Mindellmerupakan seorang professor nutrisi di Pacific Western University in Los Angeles, ahli farmasi berdaftar, expert dalam bahagian nutrisi, vitamin, drugs, herba. Dia juga merupakan penulis kepada 20 buah buku setakat ini.

Page 372 dalam buku ni ada menceritakan tentang pospartum depression(PPD) ni atau orang Melayu kita panggil meroyan. 80% ibu-ibu baru akan mengalami sebahagian dari simptom-simptom PPD iaitu menangis tanpa sebab, sedih, restlessnes.

Ibu-ibu boleh mengurangkan potensi untuk PPD ni dengan pengambilan Omega-3 semasa hamil. Kekurangan Omega-3 bukan sahaja dapat meningkatkan potensi PPD di awal kelahiran tetapi juga boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak bayi.

Pengambilan Omega-3 lebih-lebih diperlukan selepas melahirkan anak kerana Omega-3 telah digunakan sepanjang kehamilan untuk proses perkembangan otak bayi.

Breastfeeding merupakan salah satu cara untuk mengurangkan PPD. Allahuakbar. Indah sungguh aturan Allah kan. Banyak sangat benefit bila breastfeeding ni. Selain itu, pengambilan Omega-3 yg mencukupi juga diperlukan untuk kesihatan ibu dan perkembangan otak bayi selepas kelahiran. Sumber Omega 3 boleh didapati dari walnut, telur, kacang,salmon atau supplement Omega-3.

Shaklee juga mempunyai produk Omega-3 sendiri iaitu Omega Guard. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Credit

Puan Huda
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 894271
HP: 014-4906806
Email: firnass@gmail.com
Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™