Bila anak chicken pox, mak ayah la yang paling risau. Cara penjagaan chicken pox, makanan, tips supaya tak gatal dan tidak parut inilah yang saya cari masa Balqis chicken pox 2 minggu lepas. Lepas Balqis, si adiknya Aisyah pulak kena. Uruskan anak chicken pox memang sangat mencabar bagi saya.
Chicken pox ni disebabkan dari virus bernama varicella-zoster. Biasanya virus ni boleh merebak ke orang lain 2-3 hari sebelum blister tu timbul sehinggalah kering. Blister ni akan timbul 14 -16 hari selepas berjangkit dengan individu yang sedang chicken pox. Macam balqis memang betul 14 hari lepas balik kampung hari tu timbul blister. Sepupunya ada kena chicken pox.
Sumber : Webmd
Ini pula rupa blister mengikut hari :
Ikut pengalaman saya, bila hari ke 3-5 bila blister tu dah penuh dengan air, time ni anak-anak saya memang meragam. Sakit dan gatal. Memang menuntut kesabaran yang tinggi time ni untuk ibu dan ayah. Hari ketiga malam Aisyah demam tinggi, sakit blisternya dia kata. Malam memang tak tido. Setiap 5 minit terbangun. Mak ayah kena banyaaak sabar. Saya ada buat bedak daun semambu dan mandi guna daun tu sekali. Air kelapa kena bebel dengan Dr Rashid. Dia kata tak payah beri pun tak apa.
Saya kongsikan lagi tips-tips Penjagaan anak chicken pox di sini.
Tips Penjagaan Anak Chicken Pox
1) Potong kuku anak pendek
Bila gatal biasa anak akan menggaru. Biarlah dihalang macam mana pun. Jadi boleh potong kuku pendek supaya blister tu tak kena infection bila digaru. Atau boleh pakaikan sarung tangan/mitten.
2) Elakkan berkongsi minuman dan tempat tidur
Virus boleh merebak melalui air liur, bersin, air dari blister tu bila pecah. Baju kena asingkan bila basuh ye. Rendam baju anak dengan air mendidih dan sidai di bawah matahari untuk matikan virus.
3) Mandi 4 jam sekali
Ini untuk mengurangkan rasa gatal. Saya cuba untuk buat oatmeal bath.
4) Tingkatkan antibodi anak
Saya beri anak Nutriferon dan Vitamin C chew Shaklee untuk elakkan anak deman, batuk dan selesema sebab antibodi anak jadi lemah masa ni disebabkan virus chicken pox ni.
5) Hilangkan parut chicken pox
Lepas blister dah kering, saya sapu gilir-gilir dengan krim Herbal Blend dan Vitamin E Shaklee. Yelah anak dara kan, risau ummi ada parut nanti. Ni rupa Balqis bila dah kering:Saya harap sedikit panduan saya dapat membantu ibu bapa untuk menghadapi situasi bila anak chicken pox ni. Untuk membeli Nutriferon, Vitamin C chewable, Herbal Blend dan Vitamin E seperti di atas bolehla hubungi saya:
Huda
Whatsupp : 0134906806
Pengedar Shaklee anda
COD di Paka, Kerteh, Dungun



No comments:
Post a Comment