Penat ..
3 hari yang memenatkan walaupun baru 3 hari dengan gelaran ‘aunty’. Bermula pada 24hb Mac bila 23hb dipanggil balik sebab K.Izah telah bersalin awal 2 minggu. So agak kelam kabut juga. Tiada siapa yang available untuk tolong jaga except me yang kebetulan cuti. Parents kerja. Dan 24hb pagi bermulalah kehidupan sebagai seorang ‘aunty’ yang berdedikasi =) ….
240309
Pagi-pagi dah ikut abg.Rizal ke hospital dan berjaya curi-curi masuk ke wad sebab bukan waktu lawatan. Dapatlah jumpa k.izah dan baby buat pertama kali. Comelnya dia .. Sampai petang di hospital sebelum k.Izah dibenarkan balik. Tak menang tangan nak layan baby bila dia nangis. K.izah dengan a.rizal pulak kat bilik rawatan tengah cek luka. “Nak buat apa dengan baby ni?” “Dukung jelah dia” “Issh lembik sangat nih baru 2 hari, macam mana nak dukung” , ana mengomel sendirian. Lantas dengan kekoknya ana mendukung baby yang berusia 2 hari tu selepas dia menjerit2 nangis.
“ Baby janganla nangis, ibu pergi cek kejap”, “ Baby, janganlah nangis” , ulang ana beberapa kali memujuk baby supaya berhenti nangis. Tiba-tiba terdengar suara di katil bersebelahan kakak ana, “ Dik, bukan macam tu nak diamkan bayi”, “ Meh sini makcik cekkan lampin dia”. Ooo rupa-rupanya baby rimas sebab lampin dia dah penuh dengan najis. Makcik tu pun tolong gantikan pampers baby dengan berengalaman sekali. Terima kasih makcik. Dan seharian itu agak penat sebab banyak mendukung baby sebab baby tak suka tidur dalam katil dia tu, tolong k.izah kemas barang dan balik ke rumah. Petang tu pula ma ajak teman pergi rumah tukang urut, nak book dia untuk urut k.izah.
250309
Bermula lagi hari yang mencabar. 8-2pm non stop ‘bekerja’. Pagi-pagi lagi ma dah pesan, “ Nanti, uda masakkan ijah ikan bakar, Pastikan semua panas-panas masa ijah nak makan. Orang berpantang ni tak boleh makan sejuk-sejuk” “Yes mam”. Ana menurut je bermacam-macam pesanan mak ana sebelum ke kerja. Pagi pergi kedai basah, beli ikan n sebagainya.Masak kena 2 version. Satu untuk orang berpantang, satu orang sihat. Tolong mak bidan mandikan baby, ubatkan k.izah, tunku perut .... dan bermacam-macam lagi urusan orang bersalin yang ana kena buat ... Nasi baik abg.Rizal tolong basuhkan baju k.izah n baby dia, pegi pasar. Sampai terlupa hari ni besday ma. So petang keluar kejap beli kek Secret Recipe nak sambut malam ni.
Malam pula tidur sekali dgn baby dengan k.izah. 3-4 kali bangun tengah malam sebab baby menangis nak menyusu, tolong ganti pampers sebab k.izah sakit lagi. tak larat. So kena angkat baby ke k.izah. Aishh .. baby..baby ... siang dia tidur tak sedar .. malam berjaga.. nasib baik dia baby ...
260309
Hari ni nak mintak ‘off’ kejap. Mintak anep ambil cuti tolong kt rumah pulak. So hari ni first time anep menurut kata kakaknya bila diminta menyidai baju sampai abg.Rizal pun kata, “ Aikk .... rajin anep”.
Petang sikit .. "Uda, tolong gantikan baby punye napkin, dia buang air besar tu", pinta k.Izah. Tengah bersihkan najis baby .. tiba-tiba baby buang air besar n air kecil lagi. "Nasib baik tak kena kat aunty, nurin ni ..."
Petang sikit .. "Uda, tolong gantikan baby punye napkin, dia buang air besar tu", pinta k.Izah. Tengah bersihkan najis baby .. tiba-tiba baby buang air besar n air kecil lagi. "Nasib baik tak kena kat aunty, nurin ni ..."
So hari ni last dengan baby sebab esok aunty nak balik dah. Malam ni last tidur dengan baby. Tapi sememangnya pengalaman beharga. Susahnya dan sakitnya seorang ibu untuk melahirkan dan membesarkan anak. Kesian tengok k.izah dalam berpantang ni. Okla Tengku Nurin Insyirah .. oops lupa, nama dia ada tengku sebab kata k.izah .. kena ikut nama family abg.Rizal yang ada nama Daeng dan keturunan Bugis. Okla Nurin comel ... esok aunty nak balik dah. I’ll be missing you, your cute face, your crying, your cute mouth and everything about you .. for another 2 months. Jangan nakal-nakal, kalau ibu suruh menyusu, ikut.. jangan tidur je … sian ibu. Aunty dah belikan snow cap kaler pink. Pakaila bila keluar rumah. Baby tak boleh kena panas, kata ma…
Wallahualam.



2 comments:
blaja2 jaga baby..
nnt ade baby sndri tak la kekok sgt..
sronok jg baby nih..
wlupun penat, rasa sejuk jer tgk mukanya..
rasa kagum dgn kejadian manusia ni..
besarnya kuasa Allah..Allahuakbar..
p/s:msti akak rindu si nurin tu kan? hari2 duk dukung die..
Salam.
Tq huda for da comment. betul, akak setuju. Serius penat jaga baby tapi puas sbb dia comel dan takde dosa lagi. So kita senang dgn dia.
Rindu .... akak dah dapat offer kerja habis grad nanti.jadi babysitter dia jap =)
Post a Comment