Monday, July 21, 2008

TAZKIRAH: Isra' Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Tertarik dengan artikel yang dihantar oleh saudari Nisa Ramdan, sahabat dari IMIJ....


Subhanallah. .

Maha Suci Allah.
Allah yang suci dari sebarang kelemahan, kekurangan dan ketidak sempurnaan.

Kurang15 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Isra’ dan Mikrajyakni pada tanggal 27 Rejab setiap tahun dan pada tahun ini bersamaan30 Julai. Hari di mana perintah solat di anugerahkan kepada umat Islam.Sedarkah kita bahawa Allah menyampaikan perintah bagi ibadah lainseperti haji, zakat, puasa dan sebagainya menerusi perantaraan malaikatJibril. . namun bagi perintah solat, Allah sendiri yang menjemputRasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj mengadap diriNya dan dianugerahkan ibadah tersebut.

Padazaman dulu, agak sukar manusia untuk beriman dengan peristiwa tersebut.Dengan keupayaan teknologi yang terbatas, fikiran mereka juga turutterbatas dalam mempercayai peristiwa Rasulullah bergerak dari Madinahke Palestin dan kemudian bersolat di masjid Aqsa dan terus diterbangkanAllah melepasi langit ke tujuh, dan dalam perjalanan melintasilangit- langit tersebut, diperlihatkan syurga dan neraka, bertemu Allahswt dan menerima anugerah solat 5 waktu, turun semula ke langit dunia,kemudian sampai semula ke masjidil Aqsa dan kemudian pulang ke MadinahHANYA dalam 1/3 malam ( 4 jam ) sahaja....

Begituramai umat Islam yang murtad ketika itu kerana ujian tersebut. Ramaiyang tidak percaya dan tidak kurang pula yang mendakwa Rasulullah sudahgila. Dalam kekalutan tersebut, Umar bingkas bangun dan membenarkanRasulull ah dengan katanya; JIKA LEBIH DARI ITU PUN AKU AKAN PERCAYA YARASULULLAH. .

Alhamdulillah. . kini dengan teknologi yang semakin maju, kita diperlihatkan oleh Allah akan logik peristiwa tersebut.:

Setiapbenda yang Allah jadikan daripada sesuatu akan menjadi lebih baik atauhebat daripada bentuk asal benda tersebut. Contoh, malaikat dari cahayamaka malaikat lebih baik, hebat dan cantik dari cahaya. Manusia daritanah maka manusia lebih baik, hebat dan cantik dari tanah. Roti daritepung maka roti lebih baik, sedap dan bernilai dari tepung. Danseterusnya. . .

Kinitidak mustahil untuk bergerak dari Madinah ke Palestin dengan menaikikenderaan dalam masa kurang 4 jam.. namun sedarkah kita kenderaan apayang digunakan Rasulullah ketika itu? BURA’. Ya.. sejenis makhluk darisyurga yang dibuat daripada kilat (petir). Maka jika Bura’ dari kilatmaka Bura’ lebih laju dan hebat dari kilat itu sendiri.. subhanallah. .

Rasulullahmelepasi langit dunia? Angkasa tiada oksigen dan pancaran sinarmatahari boleh membakar manusia di angkasa jika tidak memakai pakaianangkasawan. Bagaiman Rasulullah boleh hidup dalam keadaan itu?Jawapannya mudah.. pernahkah anda melalukan jari anda pada api pelitaatau api lilin? Jika anda menggerakan jari dengan pantas, maka jaritersebut tidak akan terbakar walaupun jari tersebut menyentuh api tadi.Maka anda juga tidak akan merasa sakit. Masih ingatkah kenderaan yangdinaiki Nabi ketika itu? Ya, kepantasan Bura’ menyebabkan Rasulullahtidak terkesan dengan kepanasan matahari dan ketiadaan oksigen diangkasa.. Logik! Subhanallah. .

Bagaimanapula Rasulullah dapat melihat peristiwa-peristiwa di syurga dan nerakaseperti hukuman pada orang yang mendedahkan aurat, berzina, makan hartaharam, keindahan taman-taman syurga dan banyak lagi dalam tempoh yangcukup pendek? Sahabatku sekalian, jika P.Ramlee dapat buat filem HangTuah dari dia kecil hingga remaja, kemudian menuntut di gunung Ledangkemudian menjadi laksamana Melaka kemudian membawa Tun Teja dari Pahangke Melaka kemudian meminang Puteri Gunung Ledang kemudian membunuh HangJebat kemudian menghilangkan diri di Sungai Melaka yang sepatutnyaperjalana n hidup Hang Tuah yang mengambil masa lebih kurang 40 tahundijadikan filem untuk tontonan selama 1 ½ jam sahaja... masakan Allahtidak mampu mempertontonkan segala kejadian syurga dan neraka kepadaRasulullah dalam masa yang singkat?

Ingatlah..ketika perintah solat di anugerahkan kepada Rasulullah, baginda sudahkehilangan semua tempat bergantung (bapa dan ibu, datuk, Abu Talib,Khadijah sudah di wafatkan oleh Allah). Apa yang ingin Allah sampaikanialah Rasulullah sudah tiada tempat untuk bergantung, berlindung,berkasih ... oleh itu terimalah anugerah SOLAT ini agar kau Ya Muhammadhanya akan bergantung pd Aku sahaja. Solatlah untuk kau memohon,merayu, berkata-kata, berkasih dengan Tuhan mu..

SayangnyaAllah pada kita, hingga Dia ingin jumpa kita 5 kali sehari sedangkanbagi umat Nabi Ibrahim, Allah hanya wajibkan solat 2 kali sahaja sehari.

Kesimpulannya ..

Sayangkah kita pada Allah?
Adakah kita menghargai solat?
Fahamkah kita pada peristiwa isra’ mikraj dan hikmahnya?

Siapa kita di sisi Allah?

firnass : Besarnya hikmah dan maksud disebalik kisah datangnya perintah solat kepada Nabi dan umat Islam. Cuma kita saja yang tidak menghayatinya. Apa jua yang berlaku dalam hidup kita, pulanglah kembali kepada pencipta kita. Dia Maha Mendengar rayuan hambaNya.
Alhamdulillah 1st day utk final semester yang mengujakan. Bersemangat !!! Insyaallah. Aja-aja fighthing!!

No comments:

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™