Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Supplemen Yang Penting Untuk Ibu Hamil Dan Breastfeeding

Assalamualaikum. 

Insyaallah malam ni nak share berkenaan kepentingan minyak ikan atau Omega 3 kepada ibu mengandung dan yang breastfeed. Biasa kalau kita check up mengandung di klinik kerajaan, kita tidak akan dapat supplemen Omega 3 ni. Melainkan di swasta ya kita akan diberi supplemen minyak ikan / omega 3 ni. Ni mengikut pengalaman saya lah kedua-dua klinik kerajaan dan swasta saya follow up.

Ni saya share kepentingan Omega kepada ibu mengandung dan yang menyusu badan.


  


Jadi, buat ibu-ibu di luar sana yang mempunyai lebihan wang, bolehlah membeli supplemen tambahan semasa mengandung dan menyusu nanti. Ni supplemen yang penting bagi saya. DHA yang terkandung dalam Omega 3 sangat penting untuk perkembangan bayi semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran.

Dan nak pilih supplemen Omega 3 ni pun kena bijak. Pastikan supplemen Omega 3 anda bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB yang biasanya terkandung dalam ikan di lautan dalam.

Kelebihan Omega Shaklee berbanding yang lain antaranya :

1) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

2) Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.
 

Jadi, buatlah pilihan bijak. Worth for your money =)

 
 
Hubungi saya, Huda (0134906806)
Pengedar Shaklee di Paka, Kerteh, Dungun 

 


 
 
 

Sunday, June 30, 2013

Set Breastfeeding Shaklee

Set Penyusuan Shaklee memastikan ibu-ibu mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Kelebihan Shaklee berbanding jenama lain ialah Shaklee ialah vitamin semulajadi, selamat dan sesuai untuk semua.


Vitamin shaklee yang berikut dicadangkan untuk IBU MENYUSU.
 
 
Vitamin 1 : ESP
ESP merupakan milk & energy booster yang sedang hangat sekarang. Kandungan utamanya ialah protein. Seperti yang kita tahu, komponen utama susu ibu selepas air ialah protein dan ibu yang menyusu memerlukan kandungan protein yang lebih berbanding wanita yang tidak menyusu.
ESP juga membuatkan badan kita lebih bertenaga dan tidak cepat letih kerana ianya bersifat glisemik rendah. Makanan yang bersifat glisemik rendah akan membuatkan badan kita melepaskan tenaga secara perlahan. Amat sesuai buat ibu yang cepat letih.
Vitamin 2: Vitalea
Vitalea ialah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Dengan gaya hidup kita sekarang yang sibuk, kadang-kadang makan pun tak terjaga apatah lagi nak pastikan badan kita terima semua vitamin yang diperlukan oleh badan melalui pemakanan kita. Bila badan kurang nutrisi, macam mana nak berfungsi dengan baik kan.
Vitamin 3: Alfalfa
Milk booster yang hebat. Bertindak juga sebagai kacip fatimah untuk hubungan suami isteri serta menghilangkan keputihan
Vitamin 4: B Complex
B is for beauty, boost energy, menghilangkan stress dan melambatkan proses penuaan. Stress akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. B Complex membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.
Vitamin 5: Vitamin C
Untuk meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan dari mudah diserang penyakit. Jika ibu sihat, penyusuan dapat dibuat tanpa sebarang masalah. Vitamin C juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Kadangkala selalu terjadi puting payudara luka ketika penyusuan.
Vitamin 6: Ostematrix
Ostematrix atau Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium sangat penting kepada wanita selepas bersalin walaupun anda tidak breastfeed kerana kalsium dari badan ibu banyak diserap untuk perkembangan fetus semasa ibu mengandung. Oleh itu, amat penting untuk pastikan keperluan kalsium kita mencukupi untuk membantu tulang kita 'recover' selepas tempoh kehamilan.
Ostematrix juga membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan dan membanyakkan susu semasa haid / period.

Diakui, Set Penyusuan Shaklee melengkapi kesemua keperluan badan kita. Jika anda seorang ibu menyusu yang prihatin akan kesihatan anda, gunakanlah Set Penyusuan Shaklee. Saya turut menyediakan set penyusuan mengikut bajet kewangan anda.
Sekiranya kita mengambil suplemen bagi penyusuan, kita kena ingat KEJAYAAN PENYUSUAN bergantung kepada kesihatan IBU. Vitamin yang diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Sekaligus mampu membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada si manja. 
Saya telah amalkan set ini  semasa menyusukan kedua-dua anak saya. Alhamdulillah sangat berpuas hati.

Hubungi saya untuk mendapatkan set ini:
Huda : 013-4906806 (sms/whatsapp/call) Email: firnass@gmail.com
 
 

Friday, May 24, 2013

Panduan Mencairkan Susu Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ni saya jumpa satu artikel menarik untuk dikongsi bersama iaitu panduan mencairkan susu perahan EBM. Saya cuba translate kepada Bahasa Melayu sebaiknya.
 
1) Cek tarikh perahan susu pada bekas perahan. Gunakan bekas yang dilabel dengan tarikh yang terawal.
 
2) Cairkan susu dengan meletakkannya di bahagian 'fridge' selama 4-24 jam. 
ATAU
 
3) Letakkan bekas perahan di bawah laluan air paip di sinki. Setelah agak mencair, lalukan di bawah air suam pula.
 
4) Jangan mencairkan pada suhu bilik.
 
5) Panaskan susu dengan merendam bekasnya ke dalam bekas berisi air suam.
 
6) Jangan panaskan susu perahan di dalam microwave dan di atas api dapur gas. Susu yang sudah mencair tidak boleh disejukbeku lagi.
 
 
Sumber : Toronto

Friday, May 10, 2013

Top 5 Mitos Penyusuan Susu Ibu

Kesedaran akan kepentingan penyususan susu ibu semakin tinggi pada waktu ini. Di mana-mana ada terdapatnya support group untuk kaum ibu ini sama ada di luar atau di alam maya. Saya yakin, kita banyak menerima tips-tips dan nasihat dari orang-orang sekeliling kita. Malangnya tak ramai antara kita yang mencari info sama ada betul atau tidak maklumat yang diberi atau sekadar hanya mitos.
Jadi saya nak share beberapa mitos berkenaan penyusuan:
MITOS 1 : Susu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran
FAKTA   : Kebiasaan untuk hari-hari awal kelahiran terutama untuk first time mom, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum pada hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi. Dapatkan bantuan nurse yang bertugas untuk membantu bayi anda menyusu dengan betul. Rujuk sini

MITOS 2 : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelum penyusuan
FAKTA   : Tidak perlu. Ini akan menyebabkan kesakitan semasa penyusuan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semulajadi yang melindungi puting susu ibu (nipple).

MITOS 3 : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.
FAKTA   : Minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita. Air yang tidak mencukupi menyebabkan badan dehidrasi dan menganggu tahap pengeluaran susu. TETAPI jika anda telah minum mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu anda. Amalkan minum segelas air selepas penyusuan.

MITOS 4: Jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan
FAKTA : Pengeluaran susu menggunakan breastpump tidak seefktif apa yang payudara dapat lakukan melalui proses penyusuan secara terus(direct feeding). Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu merasakan susu yang dipam tidak cukup, tetapi bayi membesar, buang air kecil dan besar dengan normal usah risau. " Your body knows how much milk your baby needs."
MITOS 5: Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.
FAKTA:  Tidak benar. Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak. Consult doktor jika mempunyai masalah keseihatan.


 

Friday, February 22, 2013

Omega penting untuk wanita mengandung dan menyusu

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Firstly, nak ucapkan tahniah kepada pembaca-pembaca blog yang sedang hamil dan yang sedang menyusu badan secara eksklusif kepada anak masing-masing. Jika berpeluang untuk breastfeed sehingga 2 tahun teruskanlah kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak berpeluang tapi mereka usahakan juga sehingga mencari ibu susuan seperti mana sunnah Rasulullah SAW. Keep it up great mom out there !



Hari ni nak share info berkenaan kepentingan Omega kepada yang mengandung dan breastfeed.

Kepentingan Omega semasa mengandung

- Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan Omega dalam diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan otak, visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi, mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir
Sumber : American Pregnancy

Kepentingan Omega semasa menyusu badan (breastfeeding)
- Penting untuk perkembangan otak dan sistem imun bayi di awal 2 tahun selepas kelahiran.
- Kajian saintifik menunjukkan semakin banyak kandungan Omega 3 di dalam otak, semakin baik neuron-neuron dapat 'berkomunikasi'. Kekurangannya boleh menyebabkan masalah seperti ADHD, autisme.

Sumber : BabyMed




Harga promosi Omega berbaki 6 hari sahaja lagi. Hubungi saya 013-4906806 untuk membuat tempahan. 




Saturday, January 5, 2013

Perkara yang bakal ibu dan ibu perlu tahu

Assalamualaikum

Insyaallah hari ni nak share berkenaan saiz perut bayi yang baru lahir. Ramai antara kita tak tahu, saya masa bersalinkan anak pertama pun tak tahu. Apa pentingnya nak tahu saiz kapasiti perut bayi ni? Sangat penting sebab kita especially first time mom biasa takde pengalaman di hari-hari pertama kelahiran. Bila bayi nangis je kita ingat dia lapar, kita pun breastfeed tapi bayi still menangis. Kita mula fikir bayi tak cukup susu ni. Susu badan kita kurang ni. Lepas tu kita pun tambah susu formula which is 'No..No' (berusaha sebaiknya utk breastfeed anak-anak ye melainkan memang menghadapi masalah penyusuan) Bayi menangis bukan kerana lapar semata-mata. Banyak sebab antaranya lapar, x selesa, perut kembung, rasa nak didakap. lagi-lagi hari-hari pertama kelahiran.

Bayangkan 9 bulan bayi berada di dalam rahim ibu, di mana tempat yang paling selesa untuk mereka. Bila dah dilahirkan mesti bayi akan merasa kurang selesa di awal-awal hari kelahiran dengan 'dunia' baru mereka.

Ok, jom study saiz perut bayi dari hari pertama ke seterusnya:


              
Kalau kita tengok, saiz perut bayi pada hari pertama hanya sebesar biji guli sahaja. Sangat sudah mencukupi dengan jumlah kolostrum yang sedikit yang Allah dah sediakan dari breast ibu-ibu sekalian. Kesian kat bayi jika kita tambah lagi dengan susu formula, air masak atau sebagainya. Melainkan ibu-ibu memang menghadapi masalah penyusuan.



Gambar di atas pula kita dapat lihat kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi kita. Apa pun setiap bayi berbeza tapi kita perlu tau akan fakta ini supaya bayi mendapat yang sepatutnya dan kita ibu pun takdelah nak stress ke kan.

Gambar ihsan dari web ini dan ini juga .  =)

Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan supplement Shaklee untuk ibu-bu yang menyusu atau mengandung boleh hubungi saya Huda 013-4906806.


Sambung packing barang~








Thursday, December 6, 2012

Meroyan? Postpartum depression? Baby blues?

Sedang menghabiskan buku Vitamin Bible ni, terjumpa satu info menarik yang saya baru tahu berkenaan pengambilan Omega-3 semasa hamil dan menyusu badan.

Author buku, Dr. Earl Mindellmerupakan seorang professor nutrisi di Pacific Western University in Los Angeles, ahli farmasi berdaftar, expert dalam bahagian nutrisi, vitamin, drugs, herba. Dia juga merupakan penulis kepada 20 buah buku setakat ini.

Page 372 dalam buku ni ada menceritakan tentang pospartum depression(PPD) ni atau orang Melayu kita panggil meroyan. 80% ibu-ibu baru akan mengalami sebahagian dari simptom-simptom PPD iaitu menangis tanpa sebab, sedih, restlessnes.

Ibu-ibu boleh mengurangkan potensi untuk PPD ni dengan pengambilan Omega-3 semasa hamil. Kekurangan Omega-3 bukan sahaja dapat meningkatkan potensi PPD di awal kelahiran tetapi juga boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak bayi.

Pengambilan Omega-3 lebih-lebih diperlukan selepas melahirkan anak kerana Omega-3 telah digunakan sepanjang kehamilan untuk proses perkembangan otak bayi.

Breastfeeding merupakan salah satu cara untuk mengurangkan PPD. Allahuakbar. Indah sungguh aturan Allah kan. Banyak sangat benefit bila breastfeeding ni. Selain itu, pengambilan Omega-3 yg mencukupi juga diperlukan untuk kesihatan ibu dan perkembangan otak bayi selepas kelahiran. Sumber Omega 3 boleh didapati dari walnut, telur, kacang,salmon atau supplement Omega-3.

Shaklee juga mempunyai produk Omega-3 sendiri iaitu Omega Guard. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Credit

Puan Huda
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 894271
HP: 014-4906806
Email: firnass@gmail.com
Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™