Kesedaran akan kepentingan
penyususan susu ibu semakin tinggi pada waktu ini. Di mana-mana ada
terdapatnya support group untuk kaum ibu ini sama ada di luar atau di
alam maya. Saya yakin, kita banyak menerima tips-tips dan nasihat dari
orang-orang sekeliling kita. Malangnya tak ramai antara kita yang
mencari info sama ada betul atau tidak maklumat yang diberi atau sekadar
hanya mitos.
Jadi saya nak share beberapa mitos berkenaan penyusuan:
MITOS 1 : Susu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran
FAKTA
: Kebiasaan untuk hari-hari awal kelahiran terutama untuk first time
mom, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum pada
hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi.
Dapatkan bantuan nurse yang bertugas untuk membantu bayi anda menyusu
dengan betul. Rujuk sini
MITOS 2 : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelum penyusuan
FAKTA
: Tidak perlu. Ini akan menyebabkan kesakitan semasa penyusuan kerana
air basuhan akan menghilangkan pelembap semulajadi yang melindungi
puting susu ibu (nipple).
MITOS 3 : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.
FAKTA
: Minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk
menggantikan air yang keluar dari badan kita. Air yang tidak mencukupi
menyebabkan badan dehidrasi dan menganggu tahap pengeluaran susu. TETAPI
jika anda telah minum mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan
tidak akan membanyakkan susu anda. Amalkan minum segelas air selepas
penyusuan.
MITOS 4: Jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan
FAKTA
: Pengeluaran susu menggunakan breastpump tidak seefktif apa yang
payudara dapat lakukan melalui proses penyusuan secara terus(direct
feeding). Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu.
Sekiranya ibu merasakan susu yang dipam tidak cukup, tetapi bayi
membesar, buang air kecil dan besar dengan normal usah risau. " Your
body knows how much milk your baby needs."
MITOS 5: Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.
FAKTA: Tidak benar. Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak. Consult doktor jika mempunyai masalah keseihatan.

No comments:
Post a Comment