Saturday, January 5, 2013

Perkara yang bakal ibu dan ibu perlu tahu

Assalamualaikum

Insyaallah hari ni nak share berkenaan saiz perut bayi yang baru lahir. Ramai antara kita tak tahu, saya masa bersalinkan anak pertama pun tak tahu. Apa pentingnya nak tahu saiz kapasiti perut bayi ni? Sangat penting sebab kita especially first time mom biasa takde pengalaman di hari-hari pertama kelahiran. Bila bayi nangis je kita ingat dia lapar, kita pun breastfeed tapi bayi still menangis. Kita mula fikir bayi tak cukup susu ni. Susu badan kita kurang ni. Lepas tu kita pun tambah susu formula which is 'No..No' (berusaha sebaiknya utk breastfeed anak-anak ye melainkan memang menghadapi masalah penyusuan) Bayi menangis bukan kerana lapar semata-mata. Banyak sebab antaranya lapar, x selesa, perut kembung, rasa nak didakap. lagi-lagi hari-hari pertama kelahiran.

Bayangkan 9 bulan bayi berada di dalam rahim ibu, di mana tempat yang paling selesa untuk mereka. Bila dah dilahirkan mesti bayi akan merasa kurang selesa di awal-awal hari kelahiran dengan 'dunia' baru mereka.

Ok, jom study saiz perut bayi dari hari pertama ke seterusnya:


              
Kalau kita tengok, saiz perut bayi pada hari pertama hanya sebesar biji guli sahaja. Sangat sudah mencukupi dengan jumlah kolostrum yang sedikit yang Allah dah sediakan dari breast ibu-ibu sekalian. Kesian kat bayi jika kita tambah lagi dengan susu formula, air masak atau sebagainya. Melainkan ibu-ibu memang menghadapi masalah penyusuan.



Gambar di atas pula kita dapat lihat kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi kita. Apa pun setiap bayi berbeza tapi kita perlu tau akan fakta ini supaya bayi mendapat yang sepatutnya dan kita ibu pun takdelah nak stress ke kan.

Gambar ihsan dari web ini dan ini juga .  =)

Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan supplement Shaklee untuk ibu-bu yang menyusu atau mengandung boleh hubungi saya Huda 013-4906806.


Sambung packing barang~








4 comments:

dieyna said...

dah lama dah tak lalui detik itu.. hehe

Unknown said...

insyaallah k.yana. ada rezeki hannah dapat adik nanti.

Anonymous said...

tips yg bagus utk ibu2

Unknown said...

terima kasih Mimi

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™