Monday, September 1, 2008

Ramadhan, bulan pemerkasaan tarbiyah







Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.

Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,


Lalu Allah berfirman:Hai Ramadhan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!


Salam ramadhan untuk semua. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita. Set your own KPI untuk Ramadhan kali ini supaya ia tidak berlalu begitu sahaja. I have my own KPI as previous dan insyaallah dipertingkatkan. Semata-mata untuk mencari redhaNYA. Tiada apa yang lebih beharga dari keampunan dariNYA dan keredhaanNYA. Semoga diberi peluang untuk bertemu dengan Lailatul Qadar. Really mean it.
firnass : Pengalaman pertama bersahur bersama anak-anak perantau di UTP ( ina,na,ain suffian, mira azmi, zila noh, aziah) yang tidak dapat pulang untuk menyambut ramadhan bersama keluarga =(

Ana teringin untuk memasak sahur tadi. Maka terhasillah ayam masak kicap + telur dadar + ikan kering + kurma + air milo untuk juadah sahur kami tadi.Betapa khusyuknya ada seorang tu makan sambil tambah kali kedua … baru selesai suapan pertama tiba-tiba terdengar azan subuh. Allahuakbar… Tak dan nak perhabis. Tak dan nak minum air, tak dan nak makan kurma. Sian dia. Yang lain tu boleh gelakkan dia =) Sian ke dia .....Kemudian kami bergegas-gegas ke masjid untuk solat subuh berjemaah untuk Ramadhan kami yang pertama pada tahun ini dalam rintikan hujan yang mendamaikan...

1 comment:

Hakim Mohd Nor said...

hai.. siapalah gerangan yang tambah kali kedua tue ye.. ntah2 kak huda.. huhu

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™