NUZUL AL-QURAN & BADAR KUBRO
“…….. bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Al-Baqarah 185
Jadi bersama kita merenungi sejarah dan peristiwa yang berlaku pada sepanjang bulan Ramadhan ini terutama yang berlaku pada hari ini iaitu Nuzul Al-Quran dan Badar Kubro, dua peristiwa penting yang telah mencorakkan pelbagai peristiwa besar dalam sejarah Umat Islam. Turunnya Al-Quran ini, bermakna bermulanya tugas Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan risalah Islam yang mengandungi rahmat untuk seluruh alam.
“…rahmat bagi seluruh Alam” - Al Ankabut 45.
Peranan dan fungsi Al-Quran yang merupakan kitab suci yang menjadi petunjuk bagi seluruh umat manusia, mengandungi penjelasan-penjelasan mengenai segala hal, merangkumi segenap aspek dan bidang serta berfungsi sebagai “Furqon”- pemisah antara hak dan batil. Janganlah sekali-kali kita mempercayai sebahagian Al-Quran itu tetapi tidak beriman dengan sebahagian yang lain kerana semata-mata untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Berusaha untuk belajar Al-Quran sama ada dari sudut pembacaan, makhraj, hukum tajwid, tafsir walaupun sekarang kita sudah tidak berstatus pelajar lagi. Begitu juga jika sekiranya kita bukan seorang yang berkelulusan agama sekalipun belajar Al-Quran merupakan fardu ain ke atas setiap individu Muslim terutama yang buta Al-Quran. Ajarlah anak-anak kita dengan Al-Quran dan isi kandungannya serta dekatkan diri mereka dengan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya (bukan sekadar membaca semata-mata) agar generasi yang lahir selepas kita kan menjadi satu generasi yang celik Al-Quran (bukan celik IT semata-mata!)
Badar Kubro - Pada bulan Ramadan ini juga tercetusnya Badar Kubro (tahun 2 Hijrah). Pertempuran yang berlaku di antara umat Islam melawan kaum Musyrikin Quraisy Mekah. Kekuatan umat Islam yang hanya 330 orang, terdiri dari golongan Muhajirin (umat Islam yang hijrah dari Mekah ke Madinah) dan golongan Ansar (umat Islam penduduk asal Madinah), yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w menghadapi 950 orang pasukan Musyrikin Quraisy Mekah yang dipimpin oleh pemuka-pemuka yang tidak asing lagi seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan ramai lagi.
Pada waktu itu tentera Muslimin berada di dalam keadaan serba kekurangan dan amat cetek pengalaman mereka dalam peperangan, terlalu sedikit jumlahnya, kurang dari sudut peralatan juga kelengkapan perang yang sudah usang. Namun dengan berkat kesabaran, keyakinan tinggi serta bantuan dari Allah s.w.t mereka ternyata mampu mengalahkan tentera Musyrikin Mekah yang gagah perkasa yang dibantu oleh peralatan yang canggih dan bermutu. Di bulan Ramadhan inilah mereka menjadi individu Muslim yang bermutu dan tinggi nilainya. Golongan yang berada atas landasan yang Haq walaupun kecil mampu mengalahkan golongan batil yang berlipakali-ganda kuantitinya. Maka Badar Kubro yang telah mereka hadapi dalam keadaan melaksanakan ibadah puasa ini, dikenali sebagai “Yaumul Furqon” iaitu hari pemisah antara yang haq dengan batil - Al Anfal 41.
Enam tahun kemudian iaitu pada tahun 8 Hijrah, Umat Islam berjaya menakluki Kota Mekah dan penghuni Mekah pada waktu itu yang majoritinya masih dalam keadaan Musyrik dan kafir menyerah kalah tanpa sebarang pertentangan termasuk pemuka-pemukanya yang kuat memusuhi Islam seperti Abu Sufyan dan sebagainya.
Kesimpulannya yang dapat kta ambil sebagai iktibar sama ada dari Perang Badar atau Pembukaan Kota Mekah ialah menjadikan kedua-dua peristiwa besar itu sebagai satu contoh teladan bagi Umat Islam di sepanjang zaman. Bagaimana pentingnya kesatuan dan persatuan Umat Islam dalam satu ikatan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t itu dan perlunya bersikap tegas terhadap kuffar tetapi saling kasih mengasihi sesama Islam - Al Fath 29. Hingga membuktikan Islam itu adalah unggul dan tidak ada yang dapat mengungguli keungunggulan Islam itu sendiri. Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi ketinggiannya.
quote from http://www.epustaka.com/
firnass : Alhamdulillah selamat sampai di kampus pada jam 7.30pm selepas sedikit urusan di KL. Syukran hajar, maziah, hariri for a nice layanan. Lain kali ana datang lagi =) . Tak lupa pada ammira azmi dan farashida kerana sudi mengambil akak kat depan dan sama2 berbuka di tepi tasik yang indah. Sedap chicken chop air tangan mira dan fara. Jangan lupa bagi resepi kat akak =)
Berpeluang menyaksikan pemandangan indah di langit. Ya ... ada bulan. Seperti hari-hari biasa ... suka memerhatikan langit, melihat keindahan ciptaan Allah tanda kekuasaanNya. Tetapi ada lainnya bulan yang ana lihat hari ini. Bulan tu kelihatan separa. Yupp .. tiada yang peliknya seperti bulan-bulan sebelumnya.
Tetapi ada satu kesayuan yang datang di hati. Sebab ana sedar yang kini kita telah menghampiri ke 15 malam terakhir Ramadhan.
'Kejapnya hari-hari dalam Ramadhan berlalu',
'Tak lama lagi nak 10 malam terakhir',
'Macam mana dengan amalan2 aku beberapa hari dalam bulan ini yang sudah berlalu? ',
'Adakah aku hanya sibuk dengan kerja2, meeting, assignment, projek, FYP dan sebagainya?' terdetik di hati.
Ya Allah ketemukanlah dan berilah peluang padaku untuk bertemu dengan malam yang amat hebat ini, malam al qadr. Berikanlah aku kekuatan untuk bangun menghadapMu setiap malam pada bulan yang mulia ini kerana malam-malam di bulan mulia ini lebih kurasakan damainya dan tenangnya bila bersamaMu. Dan istiqamahkanlah ibadat-ibadatku untuk bulan seterusnya ....
Amiin.
1 comment:
ehem2~
jum kak huda..
nk masak spaghetti..:)
Post a Comment