Semakin tidak berkesempatan nak update blog selalu. Siang memang tak dapat la. Ada je tangan kecil yang kacau keyboard ni pantang buka. Entertain Balqis sahaja di siang hari. Malam pulak memang penat, selalu tidur awal. Ada rezeki bangun awal before subuh. Mak buyung ni dah tak larat sangat nak seaktif dulu..
Aktif tak aktif, insyaallah sedaya upaya buat aktiviti untuk Balqis di siang hari. Mana yang mak buyung terlarat la ye. Simple je.
Saya tak tahu nak namakan aktiviti ni apa. Bahan yang diperlukan amat senang: bekas/botol (saya guna MLO punya bekas yang tak pernah saya guna pun =p ), pelbagai objek berbeza saiz.
Anak-anak seumur Balqis suka memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas. Letakkan pelbagai objek seperti blocks, small toys, apa sahaja lah di atas meja. Talk about the different sizes of things dan beri contoh kepada mereka objek mana yang boleh atau muat untuk dimasukkan ke dalam bekas tersebut.
Kemudian, biarkan mereka mencuba dan melakukannya sendiri. Aktiviti seperti ini dapat menggalakkan our child's development in fine motor skills area.
suka tengok bila Balqis fokus nak buat sesuatu
Ok. Setakat ni dulu. Mak buyung sakit pinggang duduk lama-lama =)



2 comments:
bagus mak buyung ni hehe
huu. k yana. serius saya tak larat sangat pregnant kali ni berbanding time balqis dulu. mungkin sbb dh masuk trimester ke3.
Post a Comment