Assalamualaikum
Hari ni saya teringin nak makan mi sup. Kebetulan tiada kelas pagi ni. Nak beli saya dah taubat. Mi sup di sini tidak kena dengan selera anak jati Johor saya ni... =) Google resepi jumpa macam-macam. Akhirnya..ini resepi yang saya masak hari ni :
Resepi Mi Sup orang Johor yang teringin
Bahan-bahan
Mi kuning/mi Hun
ayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sup bunjut
cili padi
sawi
cendawan
tomato
telur
fishcake/fishball
Cara-cara
1) Rebus ayam sehingga masak untuk mendapatkan stok ayam
2) Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar terlebih dahulu
3) Campurkan stok ayam tadi ke dalam bahan yang ditumis
4) Masukkan sup bunjut dan cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing
5) Masukkan ayam yang direbus tadi yang telah dipotong kiub-kiub
6) Garam jangan lupa
7) Setelah mendidih, masukkan sayur-sayur kegemaran anda dan akhir sekali masukkan telur.
8) Tutup api dan tutup kuali. Biar sayur dan telur tersebut masak dalam sup yang telah masak itu. Kalau pasang api nanti sayur layu sangat. Tak bagus.
9) Boleh buat sambal kicap..esp untuk orang johor yang tak boleh lari dengan sambal kicap =)
10) Makan semasa panas..sedap
nak tunggu hubby balik takut mi sup tu dah habis dimakan sorang..huhu
p/s : Happy Birthday to me dan the only one anak buah, Nurin (1 year old) hari ni. Nurin lahir 23 Mac 2009 jam 7.00 pagi, Mak Ude lahir 23 Mac 1985 4.30 pagi =)
Nurin (xde gambar yang latest)
3 comments:
hepy besday kak huda!!~
umur kita dua dah bertambah setahun skrg...huhu~
beliau sama birthday ngan saya
selamat hari lahir buat dyana dan awangku. semoga Allah berkati umur kita yg dah berlalu dan akan datang
Post a Comment