Wednesday, January 6, 2010

Love your mum and dad

Alhamdulillah kandungan sudah masuk usia 9 minggu. Kelmarin pergi scan dengan abang di KSB, nampak dah degupan jantung baby. Laju je. Doktor kata baby baru dalam 2 inch. Teruja2..

Alhamdulillah tidak mengalami alahan yang sangat teruk cuma biasalah badan sakit2,loya, cepat letih, cepat lapar, sometimes tiada selera nak makan. Dan yang paling ketara sekali tiada/kurang selera makan terhadap masakan sendiri. Kadang-kadang nak masak tu pun macam nak termuntah dan loya. Tengok atau bau masakan sendiri nak termuntah. So sometimes tu tak termasak...ajak abang makan luar. Kalau dapat gagahkan diri..berjaya juga lah masak.

Tq abang kerana memahami perangai orang mengandung ni =)

Kalau malam, x larat sangat termiss jugalah aktiviti2...seperti malam semalam termiss usrah...

Pernah mengadu kat abang waktu tengahari rasa tak larat sangat,loya dan sebagainya.
"Peritnya bang orang mengandung ni. Ni belum kira alahan yang teruk lagi ni ...", antara aduanku kepada abang. Abang terus balik rumah lunch tu =)

Susahnya mak kita mengandungkan kita dulu. Lagi ramai sampai 5 ke 10 orang anak.Sayangi,hormati dan hargai ibu bapa anda.

Currently mengambil supplement Salindah dari syarikat Era Edar. Keluarga kami memang makan produk Era Edar dari kecil. Ingat lagi abah bekalkan Examo setiap kali nak balik asrama. Insyaallah Salindah ni memudahkan proses bersalin nanti dan mengurangkan loya serta alahan semasa mengandung. Diakui oleh my sister yang turut mengambil supplement ni masa mengandungkan Nurin.

Waktu siang semakin busy dengan aktiviti tuisyen ku. Boleh dikatakan pack jadual dari ahad-isnin, dari pagi-petang. Harap-harapnya saya larat selepas ni.


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat doakanlah saya dan kandungan sihat dan selamat insyaallah. Tabah menghadapi saat-saat mengandung ni...

10 comments:

Mama and Baby Store said...

salam kak huda.=)
gembira dgr brita ttg ni.
insyaAllah,smg dipermudahkan segala urusan akak.amiin..

maziah said...

semoga sehat clalu kak

Anonymous said...

da pregnant upanya...
congratz to kak huda n abg bari'

eVy-D-YaNa said...

tahniah kak huda...dh nk dpt baby....bestnya!~ :)

Unknown said...

tq semua. doakan yang terbaik utk kami =)

Hani Sabrina Zulkafli said...

aminn. may the best be yours :)

Unknown said...

tq hani. u too =)

cik sentul said...

kak huda...
mabruk alaiki ya ukti..
semoga dipermudahkan urusan semuanya..amin!!

salam sayang,
ainsuffian

zarith said...

tahniah kak huda..
gembira dengar akak da pregnant..
mest akak n suami amat teruja kan..
semoga dipermudahkan urusan ye kak =)

Unknown said...

terima kasih ain dan zulfa. doakan kami sihat2 belaka

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™