Dalam hati bermonolog sendiri, "Apa yang ana buat sampai penat sangat ye. Suri rumah je pun"
Dah merasainya sekarang, ana memang respect para isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa, lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai anak-anak untuk diuruskan, dan lebih-lebih lagi jika isteri tersebut bekerjaya dan aktif dalam gerakerja islam.
Bukan mudah seperti yang dijangka ... Suri rumah .. kerjaya yang mencabar. Suri rumah kerjaya yang mulia.
Bila borak-borak dengan hubby dan bunyinya hubby seperti tidak berapa menggalakkan diri ini bekerja di luar. Hubby kata kerja dari rumah. Buat bisnes online dan sebagainya. Insyaallah sedang berusaha ke arah itu. Happy with my life as housewife sebab dapat menjaga suami dan rumahtangga sepenuhnya...Puas hati. Walaupun ramai yang tidak bersetuju sebab dah belaja tinggi2 ..penat2... tetapi kehendak suami lebih penting buat kita kan =)
Rutin harian : Prepare breakfast, pergi pasar (biasa 2 kali seminggu), basuh baju, kemas rumah, prepare minum petang kalau abang balik awal, prepare dinner, melayani abang balik dari kerja, malam ada aktiviti-aktiviti lain (meeting, usrah, ikut abang main futsal =) ... etc). kerja suri rumah tak pernah habis .. seriously... Ada saja kerja yang nak dibuat.
Nampak mudah? Bila mana seorang wanita sudah menjadi isteri, semestinya she wants to serve the best untuk suami. Dari segala aspek.
Satu perkara sahaja yang dipegang semenjak menjadi isteri ni insyaallah. Insyaallah segala penat akan hilang...
"Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan suami"
"Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti masuk ke dalam syurga" -Hadith-
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." - Hadith-
Bila dah berkahwin, tanggungjawab bukan sekadar menjadi isteri, tetapi tanggungjawab sebagai menantu kepada keluarga suami, tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa kita. Besar dan berat tanggungjawab.
Takut sebenarnya jika secara tak sengaja mengecilkan hati suami, membuatkan suami marah dan sebagainya. Yelah, kita manusia ada lemahnya juga. Takut ..
Takut suami tak redha .. Allah juga tak redha..
Banyak lagi yang perlu dipelajari. Berusaha ke arah mengukuhkan rumahtangga islam kami ..
"Abang, minta maaf, kalau ada terkurang dalam layanan, kalau abang ada terkecil hati dan sebagainya."
Kehidupan...adalah pembelajaran yg berterusan ... Has got a lot more to learn ...
Berusaha menjadi isteri cerdik dan solehah...
.....................................

hasil Paint ana buat untuk abang before pergi usrah muslimat semalam ... Balik-balik usrah, dah jadi macam ni hasil kreativiti ana ... telah diedit oleh seseorang .. huhu
Sedang mood rajin memasak. Alhamdulillah setakat ni menu lauk pauk dinner untuk abang masih belum berulang since sebulan lebih menjadi suri rumah. Ada saja idea nak masak. Banyak resepi yg mudah didapati. Google sahaja.
Antara masakan yang telah dimasak : Tomyam tradisional,sambal udang petai, sup ayam, udang masak lemak cili padi, ayam masak lemak, sotong goreng tepung, butter prawn, ikan masak asam pedas, ayam goreng kicap, ayam goreng kunyit, mi goreng mamak, puding laici pelbagai masakan sayur dan lain-lain .. tak ingat.
11 comments:
jd housewife fulltime mmg penat pon :)(mak clalu gtau)
nway,semoga menjadi isteri cerdik solehah (mcm lagu saff one tuh)
bye2 kak usrah
salam sis,
elok la tu..nk wat bisnes..kot2 nk cowteam corelle ngan syahad pon ok gak..kolling2 la kalo minat..heheh..
p/s:tu penat lom ade anak..da de baby nnt musti lg gempaks..besh2 =D
waa suweet nye kak huda.~
hehehe..
maziah : insyaallah .. doakan akak ye menjadi isteri cerdik & solehah
syahad : huhu .. kite jadi business woman ni syahad. Nak buat tuisyen kt rumah ni insyaallah. penatnye jaga baby ...
wani :hehe. tq wani
share la resipi kak ude
buleh la kami menerainye=P
smg bahagia slalu kak huda.=)
x reti msk ni,mcm mne?
hoho
herm, akak minat buat cupcakes x?
cupcakes sng dijual online, promote kt blog ja..nnt mst byk order..
bisnes cupcakes sng buat kt rumah ja..hee~
just cdgn n idea~ :)
zila: resepi akan menyusul kemudian.. huhu
atikah : terima kasih. tak reti tu kena belajar dan cuba. selagi tak cuba ..memang tak reti la kite..
Dyana : good idea .. tapi dalam bab memasak ni .. masak2 cake ni memang akak fail. tapi boleh cuba kan .. cuba dulu baru tau..
waaahh.. best la dengar cite akak..
indahnye baitul muslim
huda
kakju dah tau dh umah awak
kete vios tu kan kan
hehehe
dekat bebeno
k.ju ..aah..betul latu. rumah akak kt mane pulak? boleh kita jalan2. kita kan surirumah yang berdedikasi ... hehe
Post a Comment