Tuesday, December 9, 2008

Pondok Baitul Qurra', Sungai Udang Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad. Waa'la aali saiyidina Muhammad.

“Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu,Allah akan susurkan pula baginya jalanya ke syurga,dan sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada mereka kerana redha kepada penuntut ilmu itu dan segala yang ada di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk orang yang berilmu,sehinggakan ikan yang berada di laut pun akan memohon ampun untuk mereka,dan keutamaan antara orang yang berilmu dengan seorang ahli ibadah itu bagaikan sinar rembulan yang lebih menerangi daripada sekelian bebintang,dan para ulamak itu adalah pewaris para nabi,dan para nabi itu tidaklah mereka mewariskan wang emas walau wang perak,sesungguhnya mereka mewariskan ilmu,barangsiapa yang mengambilnya,maka dia telah mengambil keuntungan yang banyak”

(diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi bernombor 2682 dan telah disahihkan oleh As-Syeikh Nasaruddin Al-Banni rahimahullahu taala pada sahih At-Tirmizi bernombor 2159)


Alhamdulillah berpeluang mengikuti program Daurah Fardhu Ain di Pondok Baitul Qurra', Melaka yang diadakan selama 2 minggu bersama adik-adik ana yang disayangi. ( ana sempat mengikuti seminggu terakhir program ). Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang sekali lagi ke program ilmu sebegini, program bersama ulama', program yang 'menghidupkan' hati kita, program yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasulullah SAW. Di bawah kelolaan mudir pondok ini yang ana sangat kagumi, hormati dan sayangi As-Syeikh Abu Abdul Halim Al-Fadhil Ustaz Dzulkifli bin Ismail Al-Hadhrami ghafarullahu lahu dan adik beliau Ustaz Shauqi. Ramai peserta dari IPTA dan sekolah menengah turut hadir. Alhamdulillah.

Antara aktiviti rutin setiap hari kami di sana ialah Qiamullail, Solat subuh berjemaah, membaca Zikir Wirdul Latif http://www.alhawi.net/Wirdul.htm , Kuliah Kitab Risalah Tauhid, Kitab Safinatun Naja, Kitab Dakwah, solat fardhu berjemaah, membaca Qasidah Muhammadiyyah, membaca Ratib al Haddad http://www.alhawi.net/ratib_al.htm , Kuliah Dhuha setiap Ahad, di samping program khas seperti Bacaan Maulid Diba’i, Bacaan Ratib al-Haddad bulanan dan majlis tazkirah dan Majlis Khatam al-Quran dan Bacaan Doa.

Alhamdulillah banyak yang ana pelajari di sini. Betullah, semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. Ilmu Allah itu Maha Luas. Semuanya amat berharga. Banyaknya yang ana tidak tahu.

Ingatlah sahabat-sahabat, sebanyak mana pun buku yang kita baca itu tidak sama. Kita kena berguru dengan ulama'. Jangan berguru dengan buku, sesatlah jawabnya.

Sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan anak,cucu keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Al Fadhil Ustaz Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dalam majlis haul Imam al-Haddad. Imam al-Haddad adalah cicit Junjungan s.a.w. Penyambung zuriat Junjungan s.a.w. melalui jalur Imam al-Husain r.a. Inilah nenda para keturunan Imam al-Husain r.a. http://al-fanshuri.blogspot.com/2008/09/catatan-perjalanan-ke-tarim-hadramaut_25.html .

Haul @ Hol Imam al-Haddad telah diperingati di berbagai tempat di Malaysia, alhamdulillah. Majlis dimulakan dengan qasidah memuji Rasulullah SAW, berzikir dan tazkirah dari Habib. Kenapa kita memperingati hol Imam besar ini? Bukan untuk bermegah-megah atau bersuka-suka, tetapi antaranya, sebagai ikhtiar mendapat syafaat Imam al-Haddad pada hari di mana amalan kita dihisab. Mudah-mudahan pada hari tersebut, kita memperolehi syafaat Imam al-Haddad dan para leluhurnya terutama sekali Junjungan Nabi s.a.w. Sebagai pengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah, semestinya kita percaya kepada adanya syafaat daripada orang-orang yang diizinkan Allah s.w.t. untuk memberikannya. http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/07/imam-ali-zainal-abidin-as-sajjad_05.html .Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali r.a. dalam kitab "Ihya` Ulumiddin" menyatakan:-

"Dan hendaklah kita beriman yakni percaya dengan (adanya) syafaat para nabi, kemudian syafaat para ulama, kemudian syafaat para syuhada`, kemudian syafaat segala orang mukmin menurut jah dan kedudukannya di sisi Allah ta'ala."

Utz. Zul juga ada menyatakan sedemikian kepada kami. Teringat kata seorang sahabat, kalau kita sebelum ini bersemangat nak berjumpa mana-mana pimpinan, ni lagi nak berjumpa cucu cicit keturunan Nabi ni kalau kita malas....

Allah menunjukkan kebesarannya semasa menunggu kehadiran Habib. Tiba-tiba puluhan kaum muslimin yang sedang berada di luar Surau kecoh dan masing-masing memandang ke langit. Allahuakbar! Kalimah Allah terbentuk di langit. Allahukabar. Kami muslimat hanya dapat melihatnya dalam rakaman handset. Allahuakbar.
Ustaz mengatakan ini kali kedua kalimah Allah kelihatan di langit di Baitul Qurra' iaitu yang pertama semasa Haul yang pertama bersama Al-Habib Taufiq Abdul Qadir As-Seggaf dan Al-Habib Saleh Al-Jufri serta rombongan.

Keesokan paginya selepas Kuliah Subuh, Baitul Qurra' digemparkan lagi dengan kebesaran Allah. Kalimah Allah itu tertera lagi di langit dengan jelas. Muslimat sempat berlari ke luar untuk melihat kebesaran Allah itu. Allahuakbar.

Kata-kata Ustaz Zul pada kuliah pada hari tersebut: "Allah suka antum datang mengaji di Baitul Qurra' ni. Berkat keikhlasan antum datang sini untuk menuntut ilmu"


Banyak yang ana hendak share di sini. Terlalu banyak mutiara-mutiara yang dikutip sepanjang berada di sini yang insyaallah ana akan ulas pada post akan datang.

Antara kata-kata dan nasihat Ustaz kepada kami yang memberi kesan kepada ana ialah berkenaan keadaan syurga dan neraka yang kami pelajari di dalam risalah tauhid. Kenikmatan yang tiada galang gantinya di syurga dan azab yg maha dasyat yang menanti di neraka, keadaan hari kiamat, kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan kekuasaan Allah.

"Dunia ini tidak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan syurga nanti", kata-kata Ust.Zul yang ana akan ingat dan amalkan sampai bila-bila insyaallah.

"Kita kena cari tarbiyah kalau kita rasa tarbiyah diri kita kurang, jangan tinggal jemaah kalau rasa tarbiyah kurang. Bukan salah jemaah, tapi silap cara dan aplikasinya", kata ustaz lagi yang ana akan ingat.

Kata-kata ustaz kepada anak murid pondoknya : “Setiap anak murid ustaz selepas habis tempoh pengajianya mesti berjuang kerana islam,jangan balik nanti bekerja untuk memenuhkan perut sendiri sehingga lupakan tanggungjawab kamu kepada perjuangan islam”
http://alhammasiyy.wordpress.com/2007/12/19/butiran-permata-yang-bercahaya-gemilang/

Sedih meninggalkan Baitul Qurra', meninggalkan suasana di sini, meninggalkan gedung ilmu, meninggalkan Ustaz Zul, Ustaz Shauqi, Ustazah, anak-anak beliau yang rapat dengan kami di sana dan para tahfiz belaka ( Solihah 16thn, Abdullah, Idris 6thn, Aminah 4 tahun, Maryam 2 tahun, Zainab yg comel 6 bulan ).

Ana doakan Allah beri kekuatan dan pertolongan pada Ustaz sekeluarga untuk meneruskan perjuangan dan cita-cita Ustaz untuk memperjuangkan Islam. Terima kasih ustaz akan program tarbiyah yang mendidik jiwa ini. Ana dah lama inginkan program sebegini.


Teringat Ustaz bercerita mimpi-mimpi beliau yg menginsafkan, mimpi beliau yang berkali-kali bertemu Rasulullah. Ana mengagumi ustaz sekeluarga. Teringat tafsir mimpi ana yang Ustaz beri pada ana dahulu..... insyaallah ada benarnya.

12 comments:

Assyafiah said...

Salam 'alayk..
Subhanallah, dats one of the greatest gift from ALLAH to His servants to see the beauty of ALLAH.. InsyaALLAH, if I were given a chance once again, i'd love to go to Baitul Qurra'... I finished my two weeks there on december 2007 =)

Unknown said...

Insyaallah. May Allah give us that chance.Untuk mencari redhaNya.

A for Alhamdulillah said...

jelesnye..:(

Anonymous said...

salam ude..
subhanallah..pengalaman yg menarik..
sy mmg teringin nak pegi BQ sejak korg sume pegi. mmg jeles bile tgk korg sume pegi. ade gak nk join, tapi setiap kali cuti, mmg akan ade tanggungjwb yg memanggil. huhuh..

Unknown said...

salam alaik mira dan Cze,

Insyaallah kita usaha setakat termampu untuk tambah ilmu-ilmu yang kita kekurangan ni. Kalau tak berkesempatan ke pondok Baitul Qurra', kita ke Pondok lain (banyak sebenarnya pondok2 yg mengajar kitab di seluruh malaysia ni). Kalau x sempat ke pondok, kita mengaji di masjid-masjid dan di mana adanya majlis ilmu. Semoga Allah pandang usaha kita.

Mira NuSkin said...

salam k.uda...
sy xberpeluang utk join pondok baitul qurra' diz sem tp resolusinye , insyaAllah nex sem akan p...doakn moga diri ini n sahabat2 y lain dpt p BQ nex sem...hope we'll experience it too...n the knowledge of course.

Unknown said...

Insyaallah. Semoga Mira dan adik-adik akak yg lain dipermudahkan urusan untuk ke Baitul Qura' next time.

badrul amin said...

apa nombor telefon bq? yuran bulanannya berapa? belajar full atau datang hujung minggu?

Anonymous said...

Salam baitul qurra' menerima pelajar perpuan x? Syukran

Anonymous said...

assalamualaikum..bole x sy mndptkan no telefon pondok Baitul Qurra'tu..dlm hati berniat utk mnmbah ilmu dsana..insyaAllah dlm bulan depan..

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your www.ibubalqis.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Anonymous said...

[url=http://viagranowdirect.com/#wmpjj]cheap viagra[/url] - viagra 120 mg , http://viagranowdirect.com/#wcjke buy cheap viagra

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™