Bismillahirrahmaniirahim....
Kembali ke fitrah adalah apabila akal yang dikurniakan digunakan untuk berfikir perkara-perkara yang baik, hati dan kalbu yang dikurniakan dimanfaatkan dengan baik untuk membina emosi dan kejiwaan yang stabil dan bakat jasmani yang diberi digunakan untuk perlakuan dan tindakan yang bermanfaat.
Sekiranya keinginan, kecenderungan dan hajat disempurnakan berasaskan nilai-nilai yang Allah reda, bermakna kita sedang membina benteng hati dan kalbu supaya tidak mudah dirosakkan oleh virus emosi yang melampau, naluri dan nafsu nafsi yang menyalahi syarak.
Fahaman dan amalan amal Islami perlu jelas. Ia adalah titik tolak untuk menjadi seorang Islam yang baik tidak saja pada akidah, ibadah, syariah tetapi juga akhlaknya. Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu.
Para remaja harus bersikap reflektif melihat roh kekuatan silam supaya terdorong melihat hikmah di sebaliknya kemudian membina keupayaan menterjemahnya dalam metodologi masakini. Hubungan seorang suami dan isteri dijalin oleh kualiti kasih sayang dan persefahaman. Hubungan anak dengan ibubapa juga banyak berlegar sekitar keperluan contoh dan pengisian naluri dan keinginan supaya ia dipenuhi dengan asuhan, belaian dan tunjuk ajar yang baik.
Manusia memiliki hati dan rasa, emosi dan psiki, pemikiran dan nilai supaya kualiti keinsanan tetap subur dalam keadaan yang fitrah.Hubungan sesama manusia tidak saja dalam batas teknologi alat komunikasi tetapi memerlukan sentuhan perasaan suka dan marah, sayang dan benci, percaya dan yakin antara satu sama lain. Inilah sentuhan keinsanan yang menjadi matlamat hidup.
Islam tidak menolak kepentingan teknologi. Tetapi Islam melihat teknologi selamanya alat bukannya matlamat.Tidak mungkin manusia dijadikan tanpa sebab dan tujuan. Kalaulah manusia dihidupkan untuk maksud makan dan minum saja atau hiburan dan seks sahaja, haiwan juga sedemikian. Tentu ada sebab manusia diberi akal, hati dan nafsu.
Alam diuruskan dengan peraturan yang telah ditetapkan-Nya dan itulah sunnatullah. Manusia diberikan status sebagai hamba dan khalifah dan darinya lahir jiwa kehambaan yang tinggi iaitu sifat patuh, taat, tunduk dan akur yang penting bagi manusia. Ia juga menjadikan manusia sebagai khalifah di mana amanah pengurusan dan pengendalian hidup diletakkan supaya ia berjalan secara fitrah.
http://www.kujie2.com/
3 comments:
x larat ye akak, tu la, len kali kne clalu beriadah (pesanan utk diri snirik ugak)hehhe..k, uhibbukifillah :)
insyaallah itu azam baru selepas Ramadhan. Tarbiyyah jasadiyah
balek cuti..siyes keja banyak..
projekS + testS!!
huhu~
chaiyok2!
Post a Comment