Monday, July 15, 2013

Aktiviti anak-anak di bulan puasa

Assalamualaikum wbt.
Lama dah tak share aktiviti anak-anak di rumah. Hari ni ummi diberi kesempatan buat special aktiviti dengan Balqis dan Aisyah. Aktiviti memasak Pancake Kismis.
Ok resepinya di sini.


Pancake Kismis:
Bahan-bahan:
Sebiji telur gred B (asingkan putih dan kuning n make sure anak da pass telur ye)
3/4 cawan tepung atta
1/2 cawan fresh milk (untuk setahun ke atas) atau yogurt+air atau susu fm
1 sudu besar minyak zaitun
Puri kismis (boleh ganti dengan sebiji pisang lenyek atau apa2 puri buah)
Cara-caranya:
Pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campurkan kuning telur dan susu, kacau. Kemudian campur tepung, kacau.
Masukkan putih telur yang gebu tadi dan kismis.
Masukkan minyak kacau.
Masak atas non stick pan.siappp
Balqis tolong kacau telur dan tepung je tadi. Keadaan dapur yang sangat comot malu nak ambil gambar =)
Bila dah siap, ajar Balqis tekapkan dengan acuan-acuan comel kuih dia ( acuan ni saya rendam sekejap dengan Basic H lepas tu rendam sekali lagi dengan air mendidih sebab before ni dia guna untuk main dengan playdough dia). Gambar Aisyah tak tersnap pulak. Aisyah tolong makan je. 

abaikan rupa pancake yang x comel
 
 
 siap tekap terus masuk dalam mulut
 
Insyaallah semoga anak-anak suka main sambil belajar something. =)

3 comments:

Kekzamanis said...

Didikan macam ni jarang orang buat.. Selalu orang tak bagi anak2 kacau kat dapur.. Tapi sebenarnya pendekatan macam ni lah yang bagus untuk perkembangan minda anak2 kan? Sekurang2nya dapat didik dorang belajar berdikari masak sendiri.. =)

Unknown said...

Ye betul tu Rosmiza. Bagi anak2 explore benda2 baru.

Denaihati said...

Jauh lebih dari buat guna plastesin, boleh buat juadah berbuka.

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™