Tuesday, November 27, 2012

Terrible Twos ?

 

Terrible Twos?

Anak di sekitar usia 2 tahun suka membantah bila dilarang? Suka melempar-lempar barang? Menangis tak keruan? Suka marah? Agresif?

Sound familiar?

Jangan risau kerana ianya ialah satu peringkat pembesaran yang normal buat anak-anak yang menginjak umur 2-3 tahun. Istilahnya dipanggil ‘Teribble Twos’.

Untuk membantu ibu bapa menghadapi situasi ini, ingatlah bahawa anak-anak tidak memberontak, menangis tanpa sebab. Mereka hanya ingin menyampaikan,meluahkan dan menunjukkan rasa ingin berdikari, keinginan kepada sesuatu tetapi tidak kesampaian kerana mereka masih belum mampu untuk meluahkan dengan kata-kata atau perbuatan yang difahami oleh orang dewasa.

Antara tips-tips yang dapat membantu ibu-bapa menghadapi situasi ini:

- Setkan rutin harian untuk makan,rehat, tidur yang mesti dipatuhi sebai-baiknya. Anak-anak akan mudah memberontak jika lapar atau terlalu mengantuk. 


- Berikan pilihan yang terhad kepada anak-anak. Contoh: “Adik nak bubur atau spaghetti untuk makan malam?” Elakkan : “Adik nak makan apa malam ni?”

- Pastikan kawasan persekitaran yang selamat apabila anak sedang marah / tantrum.

- Elakkan penggunaan kata “No”, Jangan. Gunakan cara lain seperti  berbuat jenaka dengan anak atau alih perhatiannya kepada perkara lain.

- Sabar, Sabar dan Bersabarlah =)
 


No comments:

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™