Saturday, April 7, 2012

Nak bersalin di mana?


Assalamualaikum wbt

Menggagahkan diri untuk update blog kesayangan ni. Fuhh.. Kalau ikut banyak perkara nak share tapi kita ambil yang latest la ye.

Alhamdulillah baru balik dari check up mengandung. Sudah 28 minggu. Kejap je masa berlalu. balqis nak jadi kakak dah =)


Bangunan baru Hospital Pakar PRKMUIP

Sebelum ni saya check up di KMC, Kuantan seperti time Balqis. Saya tak tahu kewujudan Hospital Pakar PRKMUIP @ Klinik Al Farabi sebelum ni sehinggalah kes emergency saya bleeding malam-malam dan mencari hospital pakar di Kuantan kerana KMC tidak ada doktor pakar pada waktu malam.

Selepas survey dan berbincang dengan husband, kami ambil keputusan untuk monthly check up dan insyaallah bersalin di sini. Antara sebab-sebabnya kami memilih hospital ini berbanding hospital lain di Kuantan ni :

1) Mengamalkan etika kerja Islam. Kalau gyane perempuan, mereka ada 6 orang. Pekerja semua Muslim. Kita kena pilih gynae perempuan lah kan seboleh-bolehnya melainkan darurat. Kalau masa bersalin, mereka akan mengalunkan ayat-ayat Quran, akan sediakan bahan-bahan untuk tahnik baby, air zam zam, kalau baby perempuan mereka bersedia untuk sunatkan terus. Ni mengikut pengalaman ibu-ibu yang pernah bersalin di sana.

2) Doktor pakar available pada waktu malam.

3) Facilities seperti wad yang sangat selesa sebab mereka baru berpindah ke bangunan baru di Jalan Gambut. Saya mementingkan wad yang selesa sebab saya nak berehat sepenuhnya dengan baby, Balqis & husband. Family nak datang pun takde masalah sebab biliknya besar. Husband & Balqis bolehla bentang Toto kat bawah tidur sekali =)


antara bilik yang disediakan di sini. saya harap dapat book bilik ni by time saya bersalin. untuk keselesaan kami anak beranak

4) Breastfeeding friendly. Tidak seperti hospital masa saya bersalinkan Balqis.

Walau apa pun, ini merupakan perancangan kami sahaja dan Allah itu sehebat-hebat Perancang. Bersalin di mana pun asalkan proses bersalin saya dipermudahkan dan semua selamat insyaallah. Doakan saya ye.

Setakat ni dulu update kali ni.
Ehsan gambar dari Facebook PRKMUIP


ni Klinik untuk check up mengandung. di bawah Hospital PRKMUIP. bangunan yang sama

p/s : Jika nak cari hospital ni di GPS masing-masing, jangan search Pusat Rawatan Keluarga MUIP. Sebab ia akan membawa anda ke bangunan lama. Search S K Teruntum , Jalan Gambut. Hospital ini bersebelahan sahaja dengan sekolah Teruntum ni.

12 comments:

dieyna said...

nk jadi kakak dah balqis.. huhu Hannah bila ntah boleh jadi kakak...

Unknown said...

insyaallah kak ada rezeki tu. manja lama sikit pun xpe kak. balqis ni manja terlebih dengan ummi. pening gak memikir ada adik nanti mcm mana.

..::Mama Chrysalis::.. said...

Cantiknya bilik tu....mesti best kalau dapat bilik tu kan???

Jom singgah blog saya...dan jemput baca...
"Bila Suami Semakin Sayang.....Isteri tersenyum Riang..."

Unknown said...

tulah cantik dan selesa bilik tu Mama Chrysalis. Semoga ada rezeki bersalin situ.

Insyaallah saya singgah blog
Tq =)

yanAzhad said...

salam,

terima kasih entry ni .. sy mmg tgh mencari2 hosp yg ada pakar doktot muslim perempuan utk bersalin bulan nov ni... (selain KMC). Blh share brp fees tiap kali visit doctor? tq :)

Unknown said...

yanAzhad, alhamdulillah sama-sama kita usahakan untuk mendapatan servis dari doktor perempuan. Saya tak pasti feesnya berapa sebab cover dlm insurans. tak silap saya dlm resit yg lepas RM60.

Boleh tanya di Facebook mereka. Link FB mereka ada di entry saya di atas. Mereka sangat aktif membalas soalan pengungjung di laman FB =)

Anonymous said...

terima kasih diatas sokongan yg telah anda semua berikan kepada kami.Insyallah kami cuba untuk menjadi hospital pakar islamik yg setaraf dengan pusrawi dan yang lain demi kebaikan rakyat pahang dan masyarakat islam amnya.

-hospital pakar prkmuip IT dept-

yanAzhad said...

Salam huda,
Tq jwb soalan sy. Sy dah call klinik al farabi ni tp xbrp nak jelas penerangannya.
Nway, nak tny lg kalau xkeberatan. Doktor perempuan mana yg recommended di hosp muip ni ye..and masa bersalin tu, the usual doctor yg kita checkup sll dgn dia yg akan sambut the baby or ikut doctor mana yg bertugas? Maaf byk soklan lak hihi :-)

Anonymous said...

Salam. Isteri saya baru sahaja bersalin awal bln lepas di Hspital Pakar MUIP. Sepanjang pemeriksaan setiap bln & setiap minggu di klinik al-farabi, layanan cukup baik. Memandangkan isteri sy bsalin operate utk anak pertama dulu, kami mharapkan bsalin secara normal pd kali ini. Sepanjang pemeriksaan ketika mengandung, harapan yg diberikan oleh doktor cukup baik krn keadaan kandungan sihat & ada potensi bsalin normal.Ketika saat masuk ke labour room, doktor pakar Norliza ambil kes. Pada asalnya sy agak pelik, baru bukak 4cm doktor dah pecahkan ketuban. Mulanya isteri sy xberapa sakit. Setelah ketuban dipecahkan,isteri saya seolah2 terasa sgt perit sehingga dlm saat kritikal & tak sanggup melihat keadaan isteri saya, kami minta operate. Amat mendukacitakan disaat itu saya sbg suami tidak dibenarkan masuk. Pelik bin ajaib krn hospital swasta yg kita bayar tetapi tidak boleh masuk. Inilah privilege yg suami nak iaitu sentiasa bsama isteri sbb kita bayar mahal. Lain la hspital kerajaan tak boleh demand. Walhal anak pertama sy dilahitkan di Hospital Pakar Manjung, Perak dulu sy bukan shj boleh masuk, malah ada staf nurse yg siap boleh tlg rakamkan mgunakan camera saya. Cukup baik servis mereka. Itulah layanan dr bangsa bkn Melayu kpd saya. Inilah bezanya mereka dgn kita. Berbalik kpd situasi isteri sy ketika di labour room ni, layanan staf nurse, JM & juga Dr Norliza yg cukup mengecewakan disaat itu. Sy terfikir, kenapa baru 4cm doktor sengaja pecahkan ketuban? Adakah itu prosedur? Secara logik baby akan lemas krn air ketuban bkurangan. Baby dipaksa keluar. Ibu akan sakit perit. Mohon pandangan pihak/individu yg lebih arif. Saya cukup tidak bpuas hati dlm hal ini. Sy dah tanya pendapat ramai individu perubatan, 4cm terlalu awal jika ketuban sengaja dipecahkan. Mungkin ini cara doktor tsebut supaya patient sakit & akhirnya request utk operate. Tambahan pulak, setelah selesai operate jahitan pd tempat luka isteri sy x kemas langsung. Jahitan cincai dr seorang "doktor pakar MUIP"... Walaupun anak isteri sihat kini tetapi keadaan yg sama sy harapkan tidak tjadi kpd ramai lg suami isteri yg seolah2 dianiaya pd masa depan jika bhasrat utk ke Hspital MUIP. Mohon pandangan semua yg ikhlas memberi pencerahan. Tk.

Anonymous said...

Salam. Isteri saya baru sahaja bersalin awal bln lepas di Hspital Pakar MUIP. Sepanjang pemeriksaan setiap bln & setiap minggu di klinik al-farabi, layanan cukup baik. Memandangkan isteri sy bsalin operate utk anak pertama dulu, kami mharapkan bsalin secara normal pd kali ini. Sepanjang pemeriksaan ketika mengandung, harapan yg diberikan oleh doktor cukup baik krn keadaan kandungan sihat & ada potensi bsalin normal.Ketikk saat masuk ke labour room, doktor pakar Norliza ambil kes. Pada asalnya sy agak pelik, baru bukak 4cm doktor dah pecahkan ketuban. Mulanya isteri sy xberapa sakit. Setelah ketuban dipecahkan,isteri saya seolah2 terasa sgt perit sehingga dlm saat kritikal & tak sanggup melihat keadaan isteri saya, kami minta operate. Amat mendukacitakan disaat itu saya sbg suami tidak dibenarkan masuk. Pelik bin ajaib krn hospital swasta yg kita bayar tetapi tidak boleh masuk. Inilah privilege yg suami nak iaitu sentiasa bsama isteri sbb kita bayar mahal. Lain la hspital kerajaan tak boleh demand. Tambahan pulak layanan staf nurse, JM & juga Dr Norliza yg cukup mengecewakan disaat itu. Sy terfikir, kenapa baru 4cm doktor sengaja pecahkan ketuban? Adakah itu prosedur? Secara logik baby akan lemas krn air ketuban bkurangan. Baby dipaksa keluar. Ibu akan sakit perit. Jahitan bsalin juga tidak kemas. Adakah ini tahap kecekapan doktor pakar MUIP? Mohon pandangan pihak/individu yg lebih arif. Saya cukup tidak bpuas hati dlm hal ini. Walaupun anak isteri sihat kini tetapi keadaan yg sama sy harapkan tidak tjadi kpd ramai lg suami isteri yg seolah2 dianiaya pd masa depan jika bhasrat utk ke Hspital MUIP. Mohon pandangan semua yg ikhlas memberi pencerahan. Tk.

Unknown said...

Tuan Anonymous,

Sorry to hear your story. Sepatutnya tidak berlaku di mana-mana hospital swasta utk tidak membenarkan suami masuk. Sebab saya yakin ini tujuan utama kita pilih hospital swasta selain dapat pilih Dr muslimah.

Saya cadangkan tuan boleh hubungi/email pihak hospital MUIP sendiri utk menyampaikan komen dan cadangan ni supaya tak berulang.

Anonymous said...

Salam..sy tahu kes memecahkan ke turban walaupun cervix hanya terbuka 4cm ni sudah lama. Cuna ingin jelaskan...doktor ade juga salah di situ Kerana x terangkan situation kepada is suami yg kerisauan. Tp mmg Ada sebab...sy x tau details utk kes ini tetapi selalunya bila doktor memecahkan ke turban sectarian sengaja...utk mempercepatkan proses kelahiran dan utk mengelakkan komplikasi yg lebih major... Salah satu sebab ketuban dipecahkan jalan bila cervix sudah terbuka, ibu menalami kontraksi tetapi kepala baby masih floating dan tidak engage di dalam pelvis. Jika ini beterusan, major complication bole berlaku hingga bole menyebabkan baby x selamat. Sebab itu doktor Peru pecahkan dan proses kelahiran bole dipercepatkan dan baby insyaAllah selamat Tampa Peru proceed dengan surgery.. Harap pen jelaskan ini membantu..for all other doctors..pls explain thoroughly to our patients..they have rights to know..

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™