Tuesday, October 5, 2010

Shrimp and Squid Pasta with Creamy Cheese Herb Sauce

Assalamualaikum

Nak share resepi first time buat. Resepi asal yang telah saya olah mengikut selera sendiri. Kebetulan ada stok udang dan sotong yang semestinya fresh lagi. Orang duduk tepi laut...sure fresh, tangkap pagi-pagi =) . Hubby pun suka makan makanan berasaskan pasta.



Shrimp and Squid Pasta with Creamy Cheese Herb Sauce

Bahan-bahan:

Makaroni
Udang
Sotong
Bawang merah
Bawang putih
Carrot
Capsicum
Sos Prego Cheese Herb
Cili padi (bahan wajib dalam masakan saya)
Olive oil

Cara-cara:

1) Panaskan olive oil dan masukkan bawang putih yang telah dipotong dadu, udang dan sotong. Jangan goreng lama sangat esp udang.
2) Angkat dan asingkan udang dan sotong ke dalam pinggan. Biarkan air udang dan sotong dalam kuali anda.
3) Masukkan sos Prego ke dalam kuali tadi, kecilkan api.
4) Masukkan carrot dan capsicum yang telah dipotong dadu.
5) Masukkan cili padi kalau suka pedas.
6) Perasakan dengan garam dan gula.
7) Masukkan udang dan sotong yang telah dimasak tadi ke dalam sos pasta
8) Siap =) . Makan dengan makaroni atau spagheti atau yang sejenis dengannya.

Gambar tak sempat nak ambil. Dah habis dulu =). Hubby kata sedap. Pernah ke hubby kata x sedap? Huhu

2 comments:

Anonymous said...

bahagianya akak.. tumpang gembira dgn akak.. semoga Allah panjangkan usia dan menikmati kasih sayang org2 y disayangi.. insyaAllah :)

Unknown said...

syukran. alhamdulillah. amin for ur doa. semoga kita semua berbahagia dengan kehidupan walau apa cabaran yg datang kerana itu yg terbaik utk kita =)

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™