Wednesday, June 3, 2009

As-sahabul A’araf


Ringkasan tazkirah dari buku bertajuk Nota Kepada Diri karangan Tn.Guru Nik Aziz :

Di akhirat nanti, akan terdapat satu golongan yang menjadi as-habul a’araf iaitu mereka yang tidak dimasukkan ke syurga dan tidak pula dimasukkan ke neraka. Iaitu golongan yang amal baiknya setara dengan amal buruk.
“Maka barangsiapa yang berat timbangan kebaikannya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangannya maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya sendiri.. ”
(Al A’araf 8-9)
Timbangan yang disediakan Allah di akhirat kelak walaupun teramat besar sehingga boleh memuatkan bumi dan langit didalam setiap piringnya, tetapi amat sensitif walaupun bagi amal seberat debu yang berterbangan.

Ada diceritakan kisah seorang daripada kalangan As-sahabul A’araf yang sama timbangan dosa dan pahalanya. Tetapi di dalam penimbang di sebela dosa terdapat satu lembar kertas catatan malaikat yang tertulis perkataan ’ah’. Perkataan yang dicatat oleh malaikat ketika orang itu membantah ibu bapanya.

Dan bila kertas itu diletakkan di piring neraca amal kejahatan, serta merta timbangan kejahatannya menjadi tersangat berat. Dengan itu, timbangan kebajikannya tidak dapat mengimbangi kejahatannya yang pada mulanya sama berat itu. Dosa dengan berkata ’ah’ sekalipun terhadap ibu bapa lebih berat dari sebuah gunung. Na’uzubillah.


.................................................


Kita tidak dapat pastikan di mana tahap amal kebajikan atau kejahatan yang kita telah buat. Dan itulah hikmah yang Allah buat sebegitu untuk kita saling berlumba-lumba membuat kebajikan. Fastabiqul khairat.. Malanglah bagi kita jika menjadi golongan penghuni neraka ataupun golongan As-sahabul A’araf ini.


Dan salah satu peluang bagi kita untuk menggandakan pahala dan amal kebaikan kita ialah dengan berada di jalan perjuangan ini. Insyaallah jika kita melakukannya dengan keikhlasan dalam mencari keredhaanNya, kita berdoalah supaya amal perbuatan kita diterima Allah.

Alhamdulillah sudah berada di rumah buat beberapa hari. Buat beberapa hari ini mengikuti 'latihan intensif' setiap pagi. Jogging dengan ma. Bersedia untuk .... yang terakhir. Selain menjadi baby sitter Nurin ..


Nurin sedang tidur

6 comments:

Anonymous said...

hehe.. eksesais utk yg terakhir? :)
chayok! eksais lg, jgn nnt melecet.. adeh! hehehe... hafsah,lainy tau ape rase... sy bejaya amik precaution awal~ hahaha.. :P

Unknown said...

cze.. any tips? huhu

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

eksesais terakhir sebelum????
explain2~
bile kite nak berenang?

Unknown said...

excercise terakhir sebelum 'latihan jasadiyah' yg terhebat utk 5 thn ini =)

eVy-D-YaNa said...

exercise terakhir??

Unknown said...

ye dyana. exercise terakhir =)
kita exercise ni untuk kesihatan diri sebenarnya .. kesedaran yg baru timbul buat akak.

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™