Wednesday, August 6, 2008

Bila diri disayangi



"Ude nak dengar satu lagu tak?", tanya seorang sahabat ketika dalam perjalanan ke Konvensyen hari Sabtu lepas. "Boleh jugak", kata ana. Setelah beberapa minit lagu dipasang, ana rasa 'pelik' dengan lau tersebut. "Awak, ni lagu ape ni? Macam lagu jiwang je", komen ana. "Dengar dulu sampai habis, then komen", balas sahabat ana.


Setelah habis mendegar lagu tersebut, "Repeat balik awak lagu ni", pinta ana. Dan akhirnya lagu tersebut dimainkan berulang-ulang kali sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Konvensyen tersebut. Dan tanpa disedari beberapa kali ana menyeka air mata dari membasahi tudung ana. Lirik yang penuh bermakna. Terasa sangat banyak rahmat Allah yang diterima. Teramat banyak kasih sayangNya. Teramat banyak sahabat-sahabat .....

Hayatilah lagu Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays. Hayatilah liriknya dan kaitkan dengan Pencipta dan Pemilik kita yang Agung. Sangat terkesan .....




Bila Diri Disayangi


Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentara

Bermulanya siang berakhir malam ku

Tak akan ku jemu menyebut namaMu


Tiada batasan waktu

Tiada tempat Mu tertentu

Di gunung di lembah, di darat, di air

Siapa pun hamba, keikhlasan doa,

Keagungan Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi

Langkah kaki ini semakin berani

Bila terkeliru ku ucap namaMu,

Terasa diriku Kembali dipandu


Engkau yang pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya

Izinkahlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayang Mu

Ku berserah diri



Insyaallah apa yang ana tafsirkan dari lirik lagu ini dan mungkin lebih berkait pada diri ana. Allah itu sentiasa ada bersama-sama dengan hamba-hambaNya sahabat-sahabat selagi mana kita mengingatiNya. Ke mana sahaja kita pergi, hembusan-hembusan angin yang kadangkala menyapa juga merupakan tanda kasih sayangNya kepada kita, merupakan 'bisikan-bisikan' mesra dari seorang Pencipta kepada hambaNya seolah-olah ingin menyampaikan maksud bahawa "Aku sentiasa berada bersama mu, hamba-hambaKu". Dan kita sebagai hambaNya sebagai tanda cinta dan syukur di atas segala rahmat dan kasih sayang yang diberi, seharusnya kita sentiasa mengingatiNya, mencintaiNya tanpa jemu. Allahuakbar....


Dan sebagai hamba yang penuh pengharapan kepada TuhanNya, tidak perlu ada masa dan waktu tertentu untuk kita berkasih dengan Pencipta kita, tidak perlu ada tempat tertentu untuk kita berdoa dan mengingatiNya. Insyaallah doa seorang hamba yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada Tuhannya bisa merubah takdir.... dengan kuasaNya dan kasih sayangNya kepada kita. Subhanallah.


Dan bila mana kita merasa lemah dan tidak mampu untuk menghadapi segala ranjau dan cabaran di dalam kehidupan ini, di dalam perjuangan ini, Ingatlah bahawa ada yang menyayangi kita. Ingatlah bahawa kasih sayang dariNya adalah segalanya. Dan ana sedar bahawa Allah sentiasa bersama-sama ana, Allah menyayangi ana. Dan kasih sayangNya lah yang membuatkan diri ini tegar di dalam kehidupan ini. Ana sedar dengan kasih sayangNya lah membuatkan kaki ini bisa mengatur langkah untuk menghadapi liku-liku seterusnya. Bila mana terasa diri ini sangat lemah dan tidak mampu, sentiasalah mengadu dan kembali kepadaNya. Di situ ada kekuatan. Kekuatan yang Maha Hebat. Bila mana terasa terkeliru dengan segala ujian yang kadang-kala terasa tiada jalan penyelesaiannya, mintalah bantuanNya. Dia Maha Mendengar. I really beleive in that. Really....


Segala apa yang kita perbuat di dunia ini, dahulukan hakNya. Dia yang pertama, bukan kedua atau ketiga. Raihlah cintaNya.Nescaya kita sentiasa akan merasa Dia sentiasa bersama-sama kita. Kita hamba yang lemah, yang amat memerlukanNya. Walaupun dosa-dosa kita yang amat menggunung ini kadang kala membuatkan kita malu untuk memohon pertolonganNya, membuatkan kita malu untuk merayu kasih dan sayangNya. Sangat malu, sangat hina sehina-hinanya. Tetapi hanya satu yang dipinta .... "Izinkanlah aku untuk menumpang kasih sayangMu kerana aku tahu aku tidak layak kerana dosa-dosaku yang teramat banyak ini Ya Allah"


Menyendirilah bersama Allah ketika Dia turun. Di saat sepertiga terakhir malam. Di saat itulah Allah s.w.t. turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Insyaallah.



Tentang seorang pencinta Allah,


“Dia selalu memanggil-manggil terkasihnya, Sebagaimana terkasihnya sentiasa mengingatnya.
Kekasih dan terkasih, pengingat dan yang diingat, selalu menyatu dan bersama-sama.
Di sebuah cabang pohon mawar Allah, burung bulbul cinta bertenggek dan tiada henti-hentinya menyanyikan lagu cinta.”

Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi

No comments:

Copyright 2013 Templates Reserved for Ibu Balqis™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™